Monday, September 28, 2009

Ketika berada di tanah suci, saya merasai jiwa ini begitu tenang dan lain dari yang lain, sungguh lain dari tempat-tempat di serata bumi Allah ini. Sebelum ini saya pernah berpeluang mengenali ke banyak tempat-tempat (ini semua ketentuan Illahi, rezeki saya mungkin yang telah tertulis....) di negara-negara lain di bumi Allah ini ...... (maafkan saya kalau statement ini melampau atau ada rasa riak, bukan nak menunjuk cuma nak membezakan) tapi tidak boleh menandingi kota suci Mekah dan Madinah.   Jiwa ini akan sentiasa merindui kota kelahiran nabi.   Saya sungguh bertuah kerana dapat membezakan alam ciptaan tuhan yang maha agung. Terima kasih ya Allah ya tuhan ku, jutaan terima kasih kerana memberi pengalaman ini merasai banyak tempat dan membezakan alam dunia ciptaan MU yang maha berkuasa.   Sungguh indah sekali ciptaan mu ini, tiada apa yang boleh menandingi KEKUASAAN MU.  Kau telah banyak membuka mata ku.  Ku sangka benda yang pahit ini buruk bagi ku, tapi rupanya KAU telah memberikan kemanisan dari kepahitan itu...terima-kasih ya Tuhanku, Pencipta ku yang tahu apa yang baik dan buruk bagi ku.... Alhamdulillah Hi Robbil Alamiin... .

Susah untuk dilauhkan melalui kata-kata. Kita mesti merasainya sendiri. Perkataan tidak boleh membayangkan rasa dan perasaan bila berada di tanah suci Mekah dan Madinah. Rasailah sendiri. Itulah paling baik untuk menggambarkannya. Mesti dan guarantee takkan puas. Niatlah yang baik-baik, insyallah kita akan ditunjukkan KEBESARANNYA. Amiin.
Saya sangat bersyukur kepada Illahi, kerana akhirnya telah dijemput menjadi tetamuNya setelah sekian lama mengimpikan ke tanah suci sejak 1990. Setelah 17 tahun penantian, akhirnya saya telah menjejak kaki ke tanah suci, walaupun saya ketika itu sedang sakit, menjalani rawatan haemodialysis 3 kali seminggu.

Mungkin sudah rezeki saya, saya sihat seperti orang biasa di sana. Tiada masalah besar semasa melakukan ibadat. Saya betul-betul menghambakan diri saya kepadaNYA. Susah payah saya ke sana hanyalah keranaNYA. Saya berkorban hanya kepadaNYA. Mungkin kerana niat saya hanya padaNYA, semuanya menjadi mudah. Susah sikit-sikit tu hanya sebagai ujian dan menjadi keseronokan dan kenangan abadi kita untuk kemudian hari. "No Pain No Gain". Tak seronok dan tak ada challenge kalau semuanya mudah saja, tak ada keseronokan bila apa yang nak dicapai begitu mudah. Adalah menjadi satu kepuasan bila sesuatu yang susah itu kita dapat lepasinya dengan jaya. Saya lebih mengingati zaman susah saya dari zaman senang.

Aku bersyukur kepadaMU ya Allah kerana melimpahi rezeki yang tak ku sangka kepada ku dan keluarga selepas aku ke tanah suci. Tak terbayang oleh ku memiliki itu semua dalam hidupku, apatah lagi aku dibesarkan dalam keluarga yang tak berada. Terima kasih ya Allah. Segala puji bagi mu ya Allah. Engkaulah yang mengatur segala-galanya. Rezeki itu dari mu ya Allah. Aku betul-betul bersaksi tentang kebesaran mu ya Allah. Terima kasih ya Allah. Aku hanya hambamu yang kerdil ya Allah. Terima kasih kerana menunjukkan kebesaranMU semasa aku di tanah suci. Aku tak akan menyembah yang lain selain MU YA Allah yang maha berkuasa di semesta alam ini ya Allah. Kepada MUlah aku sembah dan kepadaMUlah aku minta pertolongan. Aku tak akan meminta-minta pada manusia. KepadaMUlah tempat aku meminta dan merayu jika ada kesusahan. Tak akan ku menoleh kebelakang lagi. Setiap saat aku menghambakan diri ku padamu kerana aku YAKIN KAUlah yang selalu mendengar dan mengasihi hambaNYA.