Monday, May 30, 2011

23 Dis 2007 ( 14 Zulhijjah 1428H ), Ahad:

Hari Ke 27.

MEKAH:

10:17 malam : Sampai di Hospital An-Nur, Mekah untuk dialysis.  Di ruang lobby unit hemodialysis hospital tersebut, terdapat satu ruang yang mempamerkan machine hemodialysis mengikut tahun.  Sementara menunggu giliran saya dipanggil untuk cuci darah, saya sempat mengambil gambar machine-machine tersebut untuk dibuat kenangan dan untuk pengetahuan am.  Berikut adalah contoh gambar machine-machine tersebut.


Machine hemodialysis era tahun 1950an dan 1960an:








Machine era tahun 1960an:
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Machine era 1970-1980an:
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Machine era tahun 1980an:
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 


Evolusi bentuk dan saiz dialyser (ibarat ginjal tiruan):

Dialyser(ginjal tiruan) lewat tahun 1950an:





Saturday, May 21, 2011

22 Dis 2007 ( 13/14 Zulhijjah 1428H ), Sabtu:
Hari Ke 26.

MINA

04: 26 pagi, 13 Zulhijjah 1428H ( 22 Dis 2007 ):
Bertolak untuk melontar jamrah untuk Hari Tasyriq Kedua, 12 Zulhijjah, yang dilakukan sebelum Subuh yang masuk pukul 5:31 pagi



























































Selesai melontar untuk hari kedua pada pukul lebih kurang 5:10 pagi.










Gambar di bawah menunjukkan jamrah paling depan, Jamrah Kubra.  Di tengah ialah Jamrah Wusta dan yang hujung gambar ialah Jamrah Sughra.


Gambar di bawah ialah Jamrah Kubra ( Big Jamarah).















Selepas selesai melontar untuk hari kedua (ke 2) iaitu 12 Zulhijjah, jemaah-jemaah dengan diketuai ustaz mencari tempat lapang di kawasan jamrah untuk bersolat Subuh.




05: 58 pagi, 13 Zulhijjah 1428H ( 22 Dis 2007 ):

Selesai solat Subuh pada pukul 5:58 pagi. 

















Selepas selesai bersolat Subuh, jemaah-jemaah kembali melontar untuk hari ketiga (ke 3) iaitu hari 13 Zulhijjah dengan dimulai dengan (1) Jamrah Sughra kembali, seterusnya (2) Jamrah Wusta dan akhir sekali (3) Jamrah Kubra.


06: 30 pagi, 13 Zulhijjah 1428H ( 22 Dis 2007 ):

Selesailah sudah melontar untuk Hari Tasyriq Ketiga, 13 Zulhijjah, selepas fajar pada 13 Zulhijjah, iaitu waktu yang diharuskan melontar untuk Hari Tasyriq Ketiga, 13 Zulhijjah, hinggalah terbenam matahari 13 Zulhijjah iaitu masuknya 14 Zulhijjah.

*** Waktu Afdal melontar untuk hari ke 3 ialah selepas gelincir matahari 13 Zulhijjah.

*** Lebihan batu lontaran ditinggalkan di Mina.  ***

















Gambar di bawah menunjukkan jalan di sebelah sana (menuju ke tempat lontaran jamrah) berpusu-pusu dengan Jemaah Haji Indonesia yang baru tiba untuk melakukan lontaran jamrah.  Jalan dipisahkan dengan pagar dawai untuk menggelakkan pertembungan antara yang pergi dan balik dari melontar.
















08: 50 pagi, 13 Zulhijjah 1428H ( 22 Dis 2007 ):

Bersiap-sedia untuk pulang ke Mekah selepas sarapan pagi.
















10:25 pagi, 13 Zulhijjah 1428H ( 22 Dis 2007 ):

Sementara menunggu bas tiba, rasa tunggang unta dulu di Mina untuk buat kenangan.  Tinggi tempat duduk unta ini melepasi kepala iaitu saya rasa paling kurang pun 5 kaki.















Tiada makanan tengahari disediakan di Mina kerana bas dijangka bertolak dari Mina pada tengahari.  Pada waktu hendak pulang ke Mekah, banyak sedekah-sedekah telah diperolehi seperti buah orange, kek, apple dan air kotak.

Saya membawa pulang beberapa bungkus IndoMie dari Mina kerana di hotel, pihak package haji juga tidak bersedia lagi menghidangkan makanan petang dan malam.  Pendek kata hari itu, terpaksa cari makan di luar, itu pun kalau ada kedai makan yang buka.

IndoMie ini cukup membantu saya untuk bertahan sampai keesokan harinya.  Dari pengalaman saya di sini, saya mencadangkan membawa pulang lebihan makanan di hari akhir di Mina untuk di bawa pulang ke hotel untuk mengelakkan kita kebuluran.



3: 00 petang, 13 Zulhijjah 1428H ( 22 Dis 2007 ):

Lebih kurang pukul 3:00 petang, sampai di hotel di Mekah.  Bas turunkan kami jauh dari hotel yang kebetulan berada di sebelah Masjidil Haram.  Polis menghalang bas dari memasuki perkarangan Masjidil Haram.  Jadi kami terpaksa membawa beg dan berjalan kaki keluar masuk terowong, mendaki dan menurun cerun sebelum sampai ke hotel.
Sungguh memenatkan apabila sampai di hotel.  Saya terus bergegas untuk menunaikan solat Zohor dan bersedia untuk solat Asar di Masjidil Haram.

( Nota: Zuhur masuk pada pukul 12:20 tengahari dan Asar 3:24 petang pada waktu itu ). 

Gambarajah di bawah menunjukkan jejak berjalan-kaki (anak-panah) dari tempat bas turunkan saya dan para jemaah yang lain, dengan membawa beg beroda , turun cerun memasuki terowong dan mendaki cerun (bukit kecil) keluar terowong, menaiki cerun(bukit kecil) kembali dan seterusnya turun cerun (bukit kecil) seterusnya terus ke Hotel Dar Al-Safa.