Friday, November 6, 2009

Gambar-gambar Keadaan Semasa Haji

Gambar-gambar di Mekah berikut untuk dijadikan pedoman dan prepare apa yang patut:

1) 27 Zulkaedah (07 Dis 2007M/ 27 Zulkaedah 1428H) : Hari Jumaat, pukul 12:14 tgh ( Zuhur 12:12 tgh). Orang dah melimpah kat luar masjid dan di atas jalanraya. Pandangan dari hotel penginapan, pintu 53 dan 54, Hotel Dar Al Safa, Al Shamiah, Makkah, bertentangan pintu Al Madina. Hotel ini sekarang sudah dirobohkan untuk pembesaran masjid.

Jadi, pergilah awal ke masjid pada hari Jumaat untuk elak sembahyang di tepi jalan di bawah panas terik.

Note: Beza waktu 5 jam lebih awal dari time stampped pada photo.

 Pukul 11:32 pagi.



                                                               













Pukul 11:34 pagi
Pukul 11:41 pagi

















Pukul 12:13 tengahari
Pukul 12:14 tengahari.


















 
2) 01 Zulhijjah ( 10 Dis 2007M/ 01 Zulhijjah 1428H): Keadaan di kawasan Kaabah dah penuh sesak 24 jam.



Gambar diambil pukul 6:05 pagi. Subuh masa tu 5:29 pagi waktu Arab Saudi. Gambar menunjukkan keadaan di kawasan Kaabah 8 hari sebelum hari Wuquf (9 Zulhijjah).

3) 16 Zulhijjah (25 Dis 2007M/ 16 Zulhijjah 1428H): 7 hari selepas Wuquf. Keadaan di Kaabah masih sesak 24 jam. Orang berpusu-pusu untuk buat Tawaf Haji Rukun (Tawaf Ifadah).







4) 09 Zulhijjah (18 Dis 2007M/ 09 Zulhijjah 1428H): Wuquf di Arafah (rukun). Keadaan khemah di Arafah. Penulis difahamkan yang doa di Arafah adalah tempat mustajab doa. Waktunya selepas Asar. Di Arafah, jemaah melakukan Jamak Takdim Tamam pada waktu Zuhur. Dalilnya kerana kepayahan air. Sebelum sampai waktu Asar, hendaklah diperbanyakkan zikir dan mengaji Quran.
Difahamkan juga berdoa di tempat lapang dan diluar khemah adalah lebih afdal.

 



















5) 10 Zulhijjah (19 Dis 2007M/ 10 Zulhijjah 1428H): Mabit di Muzdalifah. Keadaan malam di Muzdalifah, selepas Isyak 10 Zulhijjah. Orang ramai berkumpul di tanah lapang di Muzdalifah, seperti mini Mahsyar. Keadaan berdebu. Sila perhati gambar dibawah, terdapat bintik-bintik flash light reflection menandakan ada particle habuk dan debu di udara. Jadi di sarankan memakai facemask bagi lelaki. Perempuan dilarang memakai facemask kerana semua orang masih lagi berihram pada masa ini di Muzdalifah. Boleh Tahallul Awal selepas melontar Jamrah Kubra di Mina, jadi larangan pakaian baru lepas, kecuali 3 yang major larangan, belum lagi lepas iaitu, mukadimmah ehemmm, ehemm...., actual ehem... ehemm..., dan perkara bersangkutan nikah dan kahwin.



Hati-hati sikit bila duduk dekat dengan pasangan pada masa ini kerana kita masih lagi dalam ihram (berihram). Malam sejuk, jangan silap nak panaskan badan pula. Godaan dan cabaran pastinya kuat. Kalau cari batu tu, biarlah cari batu betul-betul. Jangan silap ambil tahi unta pula, dan jangan ambil batu yang sebesar gajah pula. Ambil yang macam kacang kuda cukup dan testkan dengan merendam dalam air , takut-takut tahi unta.


Batu yang penulis pegang di atas tu besar sangat. Nanti bila melontar jamrah, kalau tersalah aim, kena kepala orang batu sebesar tu, naya dan kesian nanti. Berdaraaah kepala orang.... .

Thursday, November 5, 2009

Tips-tips Untuk Bakal-bakal Haji:

Tips-tips berikut tidak mengikut susunan dan akan dikemaskini dari masa ke semasa. Tips-tips ini adalah dari pengalaman sendiri dan diambil juga dari buku-buku rujukan. Boleh diambil dan diguna pakai jika bersesuaian (saya akan lampirkan gambar-gambar untuk memberi gambaran yang lebih jelas pada bakal-bakal haji):

***** Ingin di ingatkan, cobaan pasti akan berlaku, kerana Allah akan menguji keimanan diri seseorang hambanya *****

***** Beristigfarlah Selalu *****

1) Saya selalu mengamalkan memakai facemask (tips penting bagi saya). Bagi saya, ia sangat membantu untuk mengelakkan batuk dan selsema. Jika kita batuk dan selsema, kita tidak dapat solat dan beribadah dengan baik, tidak khusyuk dan tidak selesa. "Mencegah Lebih Baik Dari Berubat". Bila kita selesa, kita lagi khusyuk, tanpa gangguan.
*** AMARAN: BAKAL HAJI PEREMPUAN DILARANG MENUTUP MUKA ATAU MEMAKAI FACEMASK SEMASA DALAM IHRAM. ***

2) Saya selalu bawa Strepsils bersama saya. Bila rasa kerongkong kurang selesa, saya terus makan Strepsils. Saya rasa gula-gula Hacks, Hudson juga elok di bawa bersama untuk meredakan batuk, kerana ia senang dibawa bersama ke mana-mana.

3) Hari Wuquf, adalah hari yang paling critical. Tenaga fizikal mesti banyak kerana mungkin kita terpaksa berjalan kaki dari Mudzalifah ke Mina (6.9km), atau dari Mina ke Mekah(7km), dan ke tempat lontaran jamrah (5km pergi balik dari terowong Muassim), beratur panjang ke bilik air di Arafah dan Mina.
Kurangkan amalan sunat bila dekat dengan hari wuquf. Biar kita dapat buat amalan rukun dengan baik, dari kita buat amalan sunat banyak, tapi rukun tak kesampaian. Berpada-padalah, mengikut kemampuan diri. COBAAAAAAN.................... .

4) Selepas wuquf, tempat tawaf PALING SESAK. Jadi, bersedialah mentally dan physically untuk dihimpit. Mungkin anda dihimpit sampai tak boleh bernafas. Minta tolonglah dan ingatlah pada Allah. Allahuakbar.... . Saya pernah kena ni semasa buat Tawaf Rukun Haji (Tawaf Ifadhah) selepas wuquf. SABAR........ COBAAAAAAAN. Bukan senang nak lulus ujian ni.

5) Tempat solat di masjidil haram penuh sesak. Jangan bergaduh kalau orang langkah kepala kita, himpit kita macam sardin. Beristigfar banyak-banyak semoga Allah memberi kesabaran kepada kita. Cobaan lagi.... .

6) Elakkan duduk dekat dengan pintu masuk masjid, kerana tempat itulah tempat yang selalu kena himpit dan tempat orang lalu-lalang dan keluar-masuk. Carilah jauh dengan pintu masjid. Tips ini berguna bukan sahaja di Masjidil Haram atau di Masjid Nabawi, tapi di mana-mana masjid yang selalu sesak.

7) Di Masjidil Haram hari Jumaat, pergi awal lebih kurang 2 atau 3 jam especially dekat dengan hari wuquf. Jika lewat, alamatnya kenalah solat atas jalanraya luar masjid. Buat pengetahuan, orang perempuanpun ada solat Jumaat di masjidil haram. Mostly, orang dari bahagian India dan Pakistan.

8) Selalulah bawa beg(uncang) kasut bersama anda. Bagi saya, tips ini penting. Bila masuk masjid di Masjidil Haram, tempat letak kasut kurang, dan anda mungkin ingin buat tawaf sunat dan sebagainya. Dan bagi sesiapa buat umrah sunat, mungkin masuk pintu lain dan keluar pula pintu lain selepas Saie. Sentiasalah letak kasut dalam beg kasut, dan bawalah bersama anda. Anda tak perlu tercari-cari kasut anda bila selesai beribadah. Hatipun jadi senang.
Bila tiba time solat, letaklah di tepi atau depan anda.
Di Masjid Nabawi, tempat letak kasut banyak, dan kurang jadi masalah. Untuk sama-sama menjaga kebersihan masjid, eloklah juga kita letak kasut kita dalam beg kasut, dan letak di rak kasut. Juga, untuk elak hilang sebelah.
Jika tidak, nanti tercari-cari sebelah kasut dimana dan sebelah lagi dimana. Elakkan naik darah, seterusnya marah-marah pasal kasut hilang, menyumpah-nyumpah, tak bagus untuk kesihatan, nanti sia-sia dapat dosa saja.


8) Bawalah Spray Air (penting dan amat berguna) yang bersaiz kecil yang boleh dibawa dan muatkan kedalam beg bimbit. Ini adalah untuk mengisi air wuduk dan amat berguna semasa wuquf di Arafah, Muzdalifah dan Mina. Ini kerana air terhad dan orang ramai. Kita bolehlah guna air ini untuk time emergency jika orang terlalu ramai beratur untuk ambil wuduk dan waktu solat hampir tiba. Lagipun, bilik air bukannya dekat dengan khemah kita. Mungkin 100m-200m dari khemah.
Kemungkinan juga kita terpaksa solat Subuh di Muzdalifah, selepas bermalam pada malam harinya, dan bas tak kunjung tiba sampai ke pagi. Jadi kita bolehlah ambil wuduk dengan spray yang kita bawa untuk solat Subuh. Tandas di Muzdalifah memang terhad.

9) Tisu poket dan plastic kecil: Penting dibawa ketika dalam masjid dan di Arafah, Muzdalifah dan Mina. Kegunaan ketika batuk dan selsema, tisu yang dah digunakan, masukkan saja di dalam plastik. Tong sampah jauh, dan orang penuh sesak, jadi simpan dulu sampah tu, bila sampai di hotel, boleh buang saja di hotel. Lain-lain barangan yang digalakkan dibawa bersama:
a) Set benang dan jarum - berguna untuk jahit jubah baru dibeli yang labuh dan jahit baju
koyak yang kecil.

b) Gunting lipat - untuk bertahlul selepas saei.

c) Lampu picit kecil (torch light) - untuk cari batu di Muzdalifah.

10) Pusingan haid: Kemungkinan pusingan haid akan berubah dan tidak teratur bila sampai di sana. Ini mungkin disebabkan perubahan keadaan dan cuaca dan juga ujian Illahi. Walaupun makan ubat penahan haid, ia mungkin tidak berkesan. Ada juga kes, orang yang dah menopause pun datang haid bila berada di sana. Jadi, harap bersedia bawa "bekalan" secukupnya.

11) Cermin mata: Bawalah cermin mata spare, manalah tahu, jatuh ke, patah ke, pecah ke...... . Nanti susah pula cari kedai cermin mata. Penulis tidak ternampak kedai cermin mata di sana. Yang banyak kedai berkenaan pakaian, sejadah dan minyak atar.

12) Pilih Hotel Paling Hampir Dengan Masjid: Kalau berkemampuan, adalah amat disarankan mengambil hotel hampir dengan masjid, dan walaupun hampir, pilihlah hotel di kawasan yang datar. Kaabah dan masjidil haram terletak di lembah dan di kelilingi bukit. Takut nanti siapa yang uzur dan kurang bertenaga, tak larat nak turun naik bukit bila berulang-alik ke masjid dari hotel. Kalau hotel dekat, kita boleh simpan tenaga kita unutk solat 5 waktu sehari semalam dan tawaf sunat di masjidil haram, dari membazir tenaga berjalan kaki jauh ke masjid. Takut-takut nanti, kerana hotel jauh, tak dapat buat solat 5 waktu di masjidil haram. Rugi kerana ganjaran pahala solat di masjidil haram adalah 100,000 kali ganda dari masjid biasa. Kalau nak ke tandas atau berwuduk, boleh terus ke hotel. Maklum sajelah tandas di masjid bila orang dah ramai.
Penulis amat bersyukur pada Illahi kerana dapat hotel lebih kurang 10 meter dari pintu masjid, begitu senang ke masjid, jalan 2 _ 3 langkah dah sampai dalam masjid. Ini mungkin dah rezeki penulis. Malangnya hotel berkenaan telah dirobohkan unutk pembesaran masjid, kalau tak silap untuk dibuat dataran solat.

13) http://maps.google.com/ atau http://earth.google.com. Website Google Map atau Google Earth mungkin boleh membantu melihat jalan-jalan dan bakal hotel yang akan kita duduki di Mekah dan Madinah. Penulis terpaksa berulang-alik ke Hospital An-Nur di Mekah selang sehari untuk dialysis. Peta Google Maps dan Google Earth membantu penulis untuk mencari di mana letaknya hospital dan juga hotel.

14) Teksi mahal bila dekat dengan masa wuquf. Kebiasaan harga teksi ke Hospital An-Nur SR10. Tapi 2/3 hari sebelum dan selepas wuquf, harga melambung SR100. Jalan banyak akan di tutup di sekeliling masjidil haram kerana memberi keselamatan kepada bakal-bakal haji yang melimpah dan semakin sesak berjalan kaki memenuhi jalanraya dan memenuhi solat di atas jalanraya di sekeliling masjidil haram menjelang hari wuquf. Keadaan sesak ini dan kekurangan perjalanan yang boleh dibuat oleh teksi mungkin membuatkan pemandu teksi letak harga tinggi.



Gambar-gambar untuk memberi gambaran yang lebih jelas:

Keadaan sesak semasa tawaf selepas hari wuquf:-


Terpaksa berjalan kaki dari Muzdalifah ke Mina kerana bas jam di Mina tak dapat keluar kerana ramai sangat orang...... cobaaan :


Keadaan di Muzdalifah, tandas dua tiga biji saje... So harap boleh imagine keadaan masa tu jika ada emergency nak pergi tandas:-


Tandas di Arafah, ada kemudahan air panas:-






Dari Muzdalifah ke Mina, bas tak tiba-tiba. Duduk kat atap bas pun boooolehlah ...... :-


Gambar-gambar bersambung........




Monday, September 28, 2009

Ketika berada di tanah suci, saya merasai jiwa ini begitu tenang dan lain dari yang lain, sungguh lain dari tempat-tempat di serata bumi Allah ini. Sebelum ini saya pernah berpeluang mengenali ke banyak tempat-tempat (ini semua ketentuan Illahi, rezeki saya mungkin yang telah tertulis....) di negara-negara lain di bumi Allah ini ...... (maafkan saya kalau statement ini melampau atau ada rasa riak, bukan nak menunjuk cuma nak membezakan) tapi tidak boleh menandingi kota suci Mekah dan Madinah.   Jiwa ini akan sentiasa merindui kota kelahiran nabi.   Saya sungguh bertuah kerana dapat membezakan alam ciptaan tuhan yang maha agung. Terima kasih ya Allah ya tuhan ku, jutaan terima kasih kerana memberi pengalaman ini merasai banyak tempat dan membezakan alam dunia ciptaan MU yang maha berkuasa.   Sungguh indah sekali ciptaan mu ini, tiada apa yang boleh menandingi KEKUASAAN MU.  Kau telah banyak membuka mata ku.  Ku sangka benda yang pahit ini buruk bagi ku, tapi rupanya KAU telah memberikan kemanisan dari kepahitan itu...terima-kasih ya Tuhanku, Pencipta ku yang tahu apa yang baik dan buruk bagi ku.... Alhamdulillah Hi Robbil Alamiin... .

Susah untuk dilauhkan melalui kata-kata. Kita mesti merasainya sendiri. Perkataan tidak boleh membayangkan rasa dan perasaan bila berada di tanah suci Mekah dan Madinah. Rasailah sendiri. Itulah paling baik untuk menggambarkannya. Mesti dan guarantee takkan puas. Niatlah yang baik-baik, insyallah kita akan ditunjukkan KEBESARANNYA. Amiin.
Saya sangat bersyukur kepada Illahi, kerana akhirnya telah dijemput menjadi tetamuNya setelah sekian lama mengimpikan ke tanah suci sejak 1990. Setelah 17 tahun penantian, akhirnya saya telah menjejak kaki ke tanah suci, walaupun saya ketika itu sedang sakit, menjalani rawatan haemodialysis 3 kali seminggu.

Mungkin sudah rezeki saya, saya sihat seperti orang biasa di sana. Tiada masalah besar semasa melakukan ibadat. Saya betul-betul menghambakan diri saya kepadaNYA. Susah payah saya ke sana hanyalah keranaNYA. Saya berkorban hanya kepadaNYA. Mungkin kerana niat saya hanya padaNYA, semuanya menjadi mudah. Susah sikit-sikit tu hanya sebagai ujian dan menjadi keseronokan dan kenangan abadi kita untuk kemudian hari. "No Pain No Gain". Tak seronok dan tak ada challenge kalau semuanya mudah saja, tak ada keseronokan bila apa yang nak dicapai begitu mudah. Adalah menjadi satu kepuasan bila sesuatu yang susah itu kita dapat lepasinya dengan jaya. Saya lebih mengingati zaman susah saya dari zaman senang.

Aku bersyukur kepadaMU ya Allah kerana melimpahi rezeki yang tak ku sangka kepada ku dan keluarga selepas aku ke tanah suci. Tak terbayang oleh ku memiliki itu semua dalam hidupku, apatah lagi aku dibesarkan dalam keluarga yang tak berada. Terima kasih ya Allah. Segala puji bagi mu ya Allah. Engkaulah yang mengatur segala-galanya. Rezeki itu dari mu ya Allah. Aku betul-betul bersaksi tentang kebesaran mu ya Allah. Terima kasih ya Allah. Aku hanya hambamu yang kerdil ya Allah. Terima kasih kerana menunjukkan kebesaranMU semasa aku di tanah suci. Aku tak akan menyembah yang lain selain MU YA Allah yang maha berkuasa di semesta alam ini ya Allah. Kepada MUlah aku sembah dan kepadaMUlah aku minta pertolongan. Aku tak akan meminta-minta pada manusia. KepadaMUlah tempat aku meminta dan merayu jika ada kesusahan. Tak akan ku menoleh kebelakang lagi. Setiap saat aku menghambakan diri ku padamu kerana aku YAKIN KAUlah yang selalu mendengar dan mengasihi hambaNYA.

Sunday, February 8, 2009

Haji Dan Dialysis Di Mekah


Dialysis di Mekah semasa buat Haji pada December 2007.

Semua kos dialysis ditanggung oleh kerajaan Arab Saudi (free). Semasa dialysis, makanan seperti nasi beryani dan ayam, air jus, air minuman panas kopi atau teh, buah-buahan pencuci mulut, kek disediakan secara percuma semasa dialysis.

Injection Eprex(untuk maintain Hb) juga diberi percuma di Mekah(di Madinah, injection tidak diberi percuma).

Ubat-ubatan berbranded dan berquality tinggi juga diberi percuma jika ada sakit dan demam.





Keadaan di Unit Hemodialysis, Hospital An-Nur, Mekah.
Adalah difahamkan, dialysis di hospital kerajaan diberi percuma kepada jemaah umrah dan haji oleh kerajaan Arab Saudi.

Kebanyakkannya, katil automatik disediakan semasa dialysis seperti ditunjukkan di dalam gambar. Ini memberikan keadaan yang sangat selesa kepada pesakit jika dibandingkan dengan kerusi sahaja yang ada disediakan dikebanyakkan tempat dialysis di Malaysia.

Kebanyakkan nurse-nurse di Mekah adalah dari Filipina dan Mesir.




 











Berikut adalah peta lokasi Hospital An-Nur di Mekah.  Jarak dari Hotel saya di Dar Al-Safa, Al Shamiah, ke Hospital An-Nur adalah lebih kurang 7.3 km.  Banyak jalan berdekatan Masjidil Haram ditutup pada musim haji untuk mengelakkan kesesakan di sekitar Masjidil Haram dan memberi keselamatan kepada para jemaah.  Untuk pengetahuan, Hotel Dar Al-Safa (lebih kurang 5 meter dari pintu masjid), sudah dirobohkan pada tahun 2008 untuk tujuan pembesaran masjid.  Tanda dot-dot pada peta menunjukkan jalan yang boleh diambil dan tidak ditutup ke hospital pada musim haji.  Kenderaan-kenderaan (termasuk teksi-teksi) terpaksa berpusing jauh mengelilingi masjidil haram unutk ke hospital.  Jarak akan menjadi semakin dekat jika semua jalan di buka.

Nota: Klik pada gambar untuk besarkan.  Klik "back" untuk balik pada blog.
















Dialysis semasa di Madinah juga free, semuanya sama seperti di Mekah, kecuali injection Eprex tidak diberikan. Saya membawa injection Eprex saya sendiri dengan menggunakan beg ais yang dibekalkan oleh pusat dialysis saya di Malaysia, Mawar Hemodialysis Center, di Seremban, Malaysia.



Friday, February 6, 2009

MyStory

MyStory:

Objective: Tips for Haj Candidates (tips untuk bakal-bakal Haji), especially untuk pesakit-pesakit buah pinggang, semoga mendapat haji yang mabrur. Jika terdapat sebarang kesilapan tentang fakta-fakta, harap dimaafkan dan dirujuk kembali kepada pakar-pakar agama.  Saya cuba menceritakan pengalaman saya secara yang terbaik, dan sebagai manusia biasa dan lemah, saya tidak boleh lari dari melakukan kesilapan.  Semoga coretan perjalanan haji saya ini boleh memberikan sedikit gambaran tentang suasana di musim haji di Mekah dan Madinah.  Semoga kita semua muslimin dan muslimat, selalu diberkati dan dirahmati Allah SWT dalam kehidupan sehari-hari.

This blog is under constructions and in progress.


Coming Soon On The Cyber World Near You. Watch it Out. Don't Miss It!!! .