Friday, November 6, 2009

Gambar-gambar Keadaan Semasa Haji

Gambar-gambar di Mekah berikut untuk dijadikan pedoman dan prepare apa yang patut:

1) 27 Zulkaedah (07 Dis 2007M/ 27 Zulkaedah 1428H) : Hari Jumaat, pukul 12:14 tgh ( Zuhur 12:12 tgh). Orang dah melimpah kat luar masjid dan di atas jalanraya. Pandangan dari hotel penginapan, pintu 53 dan 54, Hotel Dar Al Safa, Al Shamiah, Makkah, bertentangan pintu Al Madina. Hotel ini sekarang sudah dirobohkan untuk pembesaran masjid.

Jadi, pergilah awal ke masjid pada hari Jumaat untuk elak sembahyang di tepi jalan di bawah panas terik.

Note: Beza waktu 5 jam lebih awal dari time stampped pada photo.

 Pukul 11:32 pagi.



                                                               













Pukul 11:34 pagi
Pukul 11:41 pagi

















Pukul 12:13 tengahari
Pukul 12:14 tengahari.


















 
2) 01 Zulhijjah ( 10 Dis 2007M/ 01 Zulhijjah 1428H): Keadaan di kawasan Kaabah dah penuh sesak 24 jam.



Gambar diambil pukul 6:05 pagi. Subuh masa tu 5:29 pagi waktu Arab Saudi. Gambar menunjukkan keadaan di kawasan Kaabah 8 hari sebelum hari Wuquf (9 Zulhijjah).

3) 16 Zulhijjah (25 Dis 2007M/ 16 Zulhijjah 1428H): 7 hari selepas Wuquf. Keadaan di Kaabah masih sesak 24 jam. Orang berpusu-pusu untuk buat Tawaf Haji Rukun (Tawaf Ifadah).







4) 09 Zulhijjah (18 Dis 2007M/ 09 Zulhijjah 1428H): Wuquf di Arafah (rukun). Keadaan khemah di Arafah. Penulis difahamkan yang doa di Arafah adalah tempat mustajab doa. Waktunya selepas Asar. Di Arafah, jemaah melakukan Jamak Takdim Tamam pada waktu Zuhur. Dalilnya kerana kepayahan air. Sebelum sampai waktu Asar, hendaklah diperbanyakkan zikir dan mengaji Quran.
Difahamkan juga berdoa di tempat lapang dan diluar khemah adalah lebih afdal.

 



















5) 10 Zulhijjah (19 Dis 2007M/ 10 Zulhijjah 1428H): Mabit di Muzdalifah. Keadaan malam di Muzdalifah, selepas Isyak 10 Zulhijjah. Orang ramai berkumpul di tanah lapang di Muzdalifah, seperti mini Mahsyar. Keadaan berdebu. Sila perhati gambar dibawah, terdapat bintik-bintik flash light reflection menandakan ada particle habuk dan debu di udara. Jadi di sarankan memakai facemask bagi lelaki. Perempuan dilarang memakai facemask kerana semua orang masih lagi berihram pada masa ini di Muzdalifah. Boleh Tahallul Awal selepas melontar Jamrah Kubra di Mina, jadi larangan pakaian baru lepas, kecuali 3 yang major larangan, belum lagi lepas iaitu, mukadimmah ehemmm, ehemm...., actual ehem... ehemm..., dan perkara bersangkutan nikah dan kahwin.



Hati-hati sikit bila duduk dekat dengan pasangan pada masa ini kerana kita masih lagi dalam ihram (berihram). Malam sejuk, jangan silap nak panaskan badan pula. Godaan dan cabaran pastinya kuat. Kalau cari batu tu, biarlah cari batu betul-betul. Jangan silap ambil tahi unta pula, dan jangan ambil batu yang sebesar gajah pula. Ambil yang macam kacang kuda cukup dan testkan dengan merendam dalam air , takut-takut tahi unta.


Batu yang penulis pegang di atas tu besar sangat. Nanti bila melontar jamrah, kalau tersalah aim, kena kepala orang batu sebesar tu, naya dan kesian nanti. Berdaraaah kepala orang.... .

Thursday, November 5, 2009

Tips-tips Untuk Bakal-bakal Haji:

Tips-tips berikut tidak mengikut susunan dan akan dikemaskini dari masa ke semasa. Tips-tips ini adalah dari pengalaman sendiri dan diambil juga dari buku-buku rujukan. Boleh diambil dan diguna pakai jika bersesuaian (saya akan lampirkan gambar-gambar untuk memberi gambaran yang lebih jelas pada bakal-bakal haji):

***** Ingin di ingatkan, cobaan pasti akan berlaku, kerana Allah akan menguji keimanan diri seseorang hambanya *****

***** Beristigfarlah Selalu *****

1) Saya selalu mengamalkan memakai facemask (tips penting bagi saya). Bagi saya, ia sangat membantu untuk mengelakkan batuk dan selsema. Jika kita batuk dan selsema, kita tidak dapat solat dan beribadah dengan baik, tidak khusyuk dan tidak selesa. "Mencegah Lebih Baik Dari Berubat". Bila kita selesa, kita lagi khusyuk, tanpa gangguan.
*** AMARAN: BAKAL HAJI PEREMPUAN DILARANG MENUTUP MUKA ATAU MEMAKAI FACEMASK SEMASA DALAM IHRAM. ***

2) Saya selalu bawa Strepsils bersama saya. Bila rasa kerongkong kurang selesa, saya terus makan Strepsils. Saya rasa gula-gula Hacks, Hudson juga elok di bawa bersama untuk meredakan batuk, kerana ia senang dibawa bersama ke mana-mana.

3) Hari Wuquf, adalah hari yang paling critical. Tenaga fizikal mesti banyak kerana mungkin kita terpaksa berjalan kaki dari Mudzalifah ke Mina (6.9km), atau dari Mina ke Mekah(7km), dan ke tempat lontaran jamrah (5km pergi balik dari terowong Muassim), beratur panjang ke bilik air di Arafah dan Mina.
Kurangkan amalan sunat bila dekat dengan hari wuquf. Biar kita dapat buat amalan rukun dengan baik, dari kita buat amalan sunat banyak, tapi rukun tak kesampaian. Berpada-padalah, mengikut kemampuan diri. COBAAAAAAN.................... .

4) Selepas wuquf, tempat tawaf PALING SESAK. Jadi, bersedialah mentally dan physically untuk dihimpit. Mungkin anda dihimpit sampai tak boleh bernafas. Minta tolonglah dan ingatlah pada Allah. Allahuakbar.... . Saya pernah kena ni semasa buat Tawaf Rukun Haji (Tawaf Ifadhah) selepas wuquf. SABAR........ COBAAAAAAAN. Bukan senang nak lulus ujian ni.

5) Tempat solat di masjidil haram penuh sesak. Jangan bergaduh kalau orang langkah kepala kita, himpit kita macam sardin. Beristigfar banyak-banyak semoga Allah memberi kesabaran kepada kita. Cobaan lagi.... .

6) Elakkan duduk dekat dengan pintu masuk masjid, kerana tempat itulah tempat yang selalu kena himpit dan tempat orang lalu-lalang dan keluar-masuk. Carilah jauh dengan pintu masjid. Tips ini berguna bukan sahaja di Masjidil Haram atau di Masjid Nabawi, tapi di mana-mana masjid yang selalu sesak.

7) Di Masjidil Haram hari Jumaat, pergi awal lebih kurang 2 atau 3 jam especially dekat dengan hari wuquf. Jika lewat, alamatnya kenalah solat atas jalanraya luar masjid. Buat pengetahuan, orang perempuanpun ada solat Jumaat di masjidil haram. Mostly, orang dari bahagian India dan Pakistan.

8) Selalulah bawa beg(uncang) kasut bersama anda. Bagi saya, tips ini penting. Bila masuk masjid di Masjidil Haram, tempat letak kasut kurang, dan anda mungkin ingin buat tawaf sunat dan sebagainya. Dan bagi sesiapa buat umrah sunat, mungkin masuk pintu lain dan keluar pula pintu lain selepas Saie. Sentiasalah letak kasut dalam beg kasut, dan bawalah bersama anda. Anda tak perlu tercari-cari kasut anda bila selesai beribadah. Hatipun jadi senang.
Bila tiba time solat, letaklah di tepi atau depan anda.
Di Masjid Nabawi, tempat letak kasut banyak, dan kurang jadi masalah. Untuk sama-sama menjaga kebersihan masjid, eloklah juga kita letak kasut kita dalam beg kasut, dan letak di rak kasut. Juga, untuk elak hilang sebelah.
Jika tidak, nanti tercari-cari sebelah kasut dimana dan sebelah lagi dimana. Elakkan naik darah, seterusnya marah-marah pasal kasut hilang, menyumpah-nyumpah, tak bagus untuk kesihatan, nanti sia-sia dapat dosa saja.


8) Bawalah Spray Air (penting dan amat berguna) yang bersaiz kecil yang boleh dibawa dan muatkan kedalam beg bimbit. Ini adalah untuk mengisi air wuduk dan amat berguna semasa wuquf di Arafah, Muzdalifah dan Mina. Ini kerana air terhad dan orang ramai. Kita bolehlah guna air ini untuk time emergency jika orang terlalu ramai beratur untuk ambil wuduk dan waktu solat hampir tiba. Lagipun, bilik air bukannya dekat dengan khemah kita. Mungkin 100m-200m dari khemah.
Kemungkinan juga kita terpaksa solat Subuh di Muzdalifah, selepas bermalam pada malam harinya, dan bas tak kunjung tiba sampai ke pagi. Jadi kita bolehlah ambil wuduk dengan spray yang kita bawa untuk solat Subuh. Tandas di Muzdalifah memang terhad.

9) Tisu poket dan plastic kecil: Penting dibawa ketika dalam masjid dan di Arafah, Muzdalifah dan Mina. Kegunaan ketika batuk dan selsema, tisu yang dah digunakan, masukkan saja di dalam plastik. Tong sampah jauh, dan orang penuh sesak, jadi simpan dulu sampah tu, bila sampai di hotel, boleh buang saja di hotel. Lain-lain barangan yang digalakkan dibawa bersama:
a) Set benang dan jarum - berguna untuk jahit jubah baru dibeli yang labuh dan jahit baju
koyak yang kecil.

b) Gunting lipat - untuk bertahlul selepas saei.

c) Lampu picit kecil (torch light) - untuk cari batu di Muzdalifah.

10) Pusingan haid: Kemungkinan pusingan haid akan berubah dan tidak teratur bila sampai di sana. Ini mungkin disebabkan perubahan keadaan dan cuaca dan juga ujian Illahi. Walaupun makan ubat penahan haid, ia mungkin tidak berkesan. Ada juga kes, orang yang dah menopause pun datang haid bila berada di sana. Jadi, harap bersedia bawa "bekalan" secukupnya.

11) Cermin mata: Bawalah cermin mata spare, manalah tahu, jatuh ke, patah ke, pecah ke...... . Nanti susah pula cari kedai cermin mata. Penulis tidak ternampak kedai cermin mata di sana. Yang banyak kedai berkenaan pakaian, sejadah dan minyak atar.

12) Pilih Hotel Paling Hampir Dengan Masjid: Kalau berkemampuan, adalah amat disarankan mengambil hotel hampir dengan masjid, dan walaupun hampir, pilihlah hotel di kawasan yang datar. Kaabah dan masjidil haram terletak di lembah dan di kelilingi bukit. Takut nanti siapa yang uzur dan kurang bertenaga, tak larat nak turun naik bukit bila berulang-alik ke masjid dari hotel. Kalau hotel dekat, kita boleh simpan tenaga kita unutk solat 5 waktu sehari semalam dan tawaf sunat di masjidil haram, dari membazir tenaga berjalan kaki jauh ke masjid. Takut-takut nanti, kerana hotel jauh, tak dapat buat solat 5 waktu di masjidil haram. Rugi kerana ganjaran pahala solat di masjidil haram adalah 100,000 kali ganda dari masjid biasa. Kalau nak ke tandas atau berwuduk, boleh terus ke hotel. Maklum sajelah tandas di masjid bila orang dah ramai.
Penulis amat bersyukur pada Illahi kerana dapat hotel lebih kurang 10 meter dari pintu masjid, begitu senang ke masjid, jalan 2 _ 3 langkah dah sampai dalam masjid. Ini mungkin dah rezeki penulis. Malangnya hotel berkenaan telah dirobohkan unutk pembesaran masjid, kalau tak silap untuk dibuat dataran solat.

13) http://maps.google.com/ atau http://earth.google.com. Website Google Map atau Google Earth mungkin boleh membantu melihat jalan-jalan dan bakal hotel yang akan kita duduki di Mekah dan Madinah. Penulis terpaksa berulang-alik ke Hospital An-Nur di Mekah selang sehari untuk dialysis. Peta Google Maps dan Google Earth membantu penulis untuk mencari di mana letaknya hospital dan juga hotel.

14) Teksi mahal bila dekat dengan masa wuquf. Kebiasaan harga teksi ke Hospital An-Nur SR10. Tapi 2/3 hari sebelum dan selepas wuquf, harga melambung SR100. Jalan banyak akan di tutup di sekeliling masjidil haram kerana memberi keselamatan kepada bakal-bakal haji yang melimpah dan semakin sesak berjalan kaki memenuhi jalanraya dan memenuhi solat di atas jalanraya di sekeliling masjidil haram menjelang hari wuquf. Keadaan sesak ini dan kekurangan perjalanan yang boleh dibuat oleh teksi mungkin membuatkan pemandu teksi letak harga tinggi.



Gambar-gambar untuk memberi gambaran yang lebih jelas:

Keadaan sesak semasa tawaf selepas hari wuquf:-


Terpaksa berjalan kaki dari Muzdalifah ke Mina kerana bas jam di Mina tak dapat keluar kerana ramai sangat orang...... cobaaan :


Keadaan di Muzdalifah, tandas dua tiga biji saje... So harap boleh imagine keadaan masa tu jika ada emergency nak pergi tandas:-


Tandas di Arafah, ada kemudahan air panas:-






Dari Muzdalifah ke Mina, bas tak tiba-tiba. Duduk kat atap bas pun boooolehlah ...... :-


Gambar-gambar bersambung........