Tuesday, August 30, 2011

29 Dis 2007 ( 20 Zulhijjah 1428H ),  Sabtu:

Hari Ke 33.

Hari terakhir dialysis(cuci darah) di Mekah.  Berikut adalah gambar-gambar kenangan di unit haemodialysis di Hospital Pakar Alnoor (Alnoor Specialist Hospital), Mekah.  Bermula tahun 2008, tiada lagi pesakit-pesakit dialysis dari Malaysia dibenarkan membuat haji di Mekah.  Majlis Muzakarah Haji Malaysia memutuskan  yang pesakit dialysis Malaysia tidak diwajibkan membuat haji.  Jadi saya merasa amat bersyukur kerana antara pesakit dialysis terakhir di pilih oleh Allah SWT dari Malaysia menjadi tetamunya.  Alhamdulillah.

(Nota: Keputusan ini mungkin mengikut sesebuah negara.  Semasa di sana, saya telah menjumpai pesakit dialysis dari Turki, Indonesia, Cina, Singapura...... yang cuci darah satu hospital dengan saya yang juga menunaikan haji.  Semoga Allah memberkati kehidupan seseorang yang memudahkan makhlukNya menunaikan haji di dunia dan di akhirat kelak.  Amiin)

Dialysis hari terakhir telah dilakukan pada shift tengahari iaitu bermula lebih kurang pukul 11:30 pagi dan berakhir lebih  kurang pukul 4:30 petang.

4:57 petang:

Gambar kenangan dirakam selepas dialysis terakhir di Mekah  pada pukul 4:57 petang.











































Banyak dugaan telah diharungi semasa  di Mekah semasa menunaikan haji.  Gigi geraham saya tiba-tiba
retak dan terbelah dua dan terpaksa menahan sakit beberapa hari.  Yang anehnya, sakit memuncak apabila tiba di dalam masjidil haram sementara menunggu untuk solat, dan dengan berkat air zam-zam dan doa, sakit berkurangan dengan cepatnya.  Ini semua mungkin kerana Allah SWT ingin menunjukkan Kebesaran dan KekuasaanNya kepada saya makhluknya yang kerdil.

Di hari akhir, setelah sakit berulang dan ubat antibiotik Amoclan dari doktor pakar tidak bertindak lagi, barulah doktor pakar referkan kepada Unit Pergigian di hospital tersebut di hari akhir dialysis saya.  Disebabkan waktu klinik telah tamat selepas dialysis, iaitu telah menjangkau ke pukul 5 petang, jadi tak sempatlah saya nak pergi buat apa-apa untuk gigi saya ini yang kadang-kala sakit dan kadang-kala tidak.

Saya sempat merakam beberapa gambar kenangan di Unit Pergigian, yang terletak bersebelahan dengan unit hemodialysis di Hospital An-Nur, Mekah   .  Bagi saya, persekitaran di luar dan  dalam hospital ini sangat bersih dan patut dicontohi.





Polis trafik di Mekah.  Gambar diambil semasa saya menunggu teksi di depan hospital An-Nur.


5:44 petang: 

Selamat tiba ke kawasan Masjidil Haram.  Teksi hanya dapat menghantarkan
saya hanya di Ar-Raqubah iaitu lebih kurang 800 meter dari Masjidil Haram kerana jalan sesak dan di tutup.  Berikut gambar-gambar dan keadaan semasa perjalanan ke hotel saya (Hotel Dar Al-Safa) yang terletak bersebelahan Masjidil Haram.

(Nota: Klik pada gambar untuk besarkan)



Saya tiba sebaik masuk waktu Maghrib.  Dapat dilihat (gambar dan  video di bawah) sudah ramai jemaah-jemaah sedang bersedia untuk bersolat Maghrib di atas jalanraya di depan Hotel Makkah Royal (sila lihat gambarajah di atas - hotel ini telah dirobohkan untuk pembesaran Masjidil Haram) di Ar-Raqubah .












( Nota: Harap maaf.  Terdapat masalah teknikal semasa upload video.  Server Blog rejected video saya selepas video habis di upload sebanyak 2 kali.  Di sini saya cuba untuk memaparkan suasana dan azan sewaktu Maghrib). 










5:54 petang: 

Setiba saya di Hotel Dar Al-Safa, jemaah-jemaah sudah solat Maghrib.

(Nota: Klik pada gambar untuk besarkan)

































( Nota: Harap maaf. Terdapat masalah teknikal semasa upload video. Server Blog rejected video saya selepas video di upload.  Video di atas berjaya di upload setelah dipendekkan tapi tiada suara).

Saya cuba ingin memaparkan  video ini kerana ia lebih realistic dan menggambar keadaan sebenar solat di sana.   Saya boleh merasai suasana dan rasa yang berlainan bila melihat dan mengimbas kembali video ini.  SEKALI LAGI INGIN DIGAMBARKAN YANG SUASANA DAN RASA SUNGGUH BERLAINAN TERUTAMANYA SEMASA SOLAT.  Ia betul-betul menusuk jiwa saya.  Saya selalu menitiskan air-mata apabila melihat video ini kembali.  Saya tidak dapat menggambarkan perasaan itu dalam  penulisan.  "TERNYATA PERASAAN SEMASA DI SANA SUNGGUH BERLAINAN SEPERTI TERDAPATNYA KETENANGAN DAN KEDAMAIAN DI JIWA YANG TIDAK BOLEH DIGAMBARKAN DENGAN KATA-KATA".





Alhamdulillah.  Niat ikhlas saya untuk memuatkan video yang dikehendaki akhirnya berjaya juga.  Diharap ianya mendapat manafaat untuk kita semua.


Di bawah adalah gambar Hotel Dar-Al Safa yang saya inapi semasa mengerjakan haji di bawah package Rayhar Travels.  Bangunan ini sudah tiada lagi sekarang dan hanya tinggal kenangan abadi buat diri saya. 

Saya amat bersyukur ke hadrat Illahi kerana diberi rezeki dan dapat menginap di hotel bersebelahan masjidil haram (lebih kurang 10 meter) lebih-lebih lagi dengan keadaan badan saya yang uzur ketika itu terutamanya selepas dialysis.