Saturday, February 20, 2010

21 Nov 2007 ( 11 Zulkaedah 1428H), 4:40 petang:
Hari ke 4 di Madinah.

Nota: Klik pada gambar untuk besarkan dan tekan "Back" untuk balik pada blog.

Peta Masjid Nabawi dan Hotel Dallah At-Taibah.


Di depan hotel penginapan, Hotel Dallah at-Taibah, Madinah.


Di depan Masjid Nabawi, Madinah.


Ronda-ronda kedai di kawasan hotel.


Ramai orang berjual-beli di kaki lima berdekatan hotel di waktu petang dan malam.


20 Nov 2007 (10 Zulkaedah 1428H), 11:52 pagi:
Hari ke 3 di Madinah.

Nota: Klik pada gambar untuk besarkan gambar dan tekan "Back" untuk balik pada blog.

Dialysis di King Abdul Aziz Kidney Center, King Fahd Hospital, Madinah.

Tidak ada booking awal dari tanahair.  Setiba di Madinah, mutawwif(pemandu) akan membawa terus ke tempat dialysis mengikut hari yang kita kehendaki dan menolong berbincang dengan staff hospital untuk urusan rawatan dialysis.  Dari pengalaman bagi package saya, selepas sahaja mulanya dialysis, sementara siap dialysis yang mengambil masa 4 jam, mutawwif akan kembali dulu ke hotel dan datang semula untuk menjemput saya pulang.  Bayaran tambang teksi pergi-balik dan datang semula menjemput pesakit untuk pulang selepas dialysis ditanggung semuanya oleh pesakit. 

Pesakit disarankan menyediakan perbelanjaan lebih untuk tambang teksi pesakit dan mutawwif.  Jika sudah biasa, tak perlulah bawa mutawwif lagi untuk rawatan seterusnya.  Jika masih memerlukan bantuan mutawwif, bolehlah minta tolong jasa baik mutawwif untuk menemani lagi.

Di Madinah, saya tak tinggal lama dan selalu memerlukan bantuan mutawwif setiap kali rawatan.

Tetapi di Mekah, saya tinggal agak lama dan mutawwif agak sibuk lebih-lebih lagi dekat dengan waktu wuquf.  Pada masa itu, saya mestilah pandai-pandai sendiri mencari teksi untuk ke hospital untuk rawatan.  Pengalaman untuk mendapatkan teksi amat perit, lebih-lebih lagi saya tidak pandai berbahasa Arab, tetapi itu adalah salah satu cabaran untuk saya dalam menunaikan haji kerana Allah taala.  Selepas berjaya mengharungi ujian ini semua, pengalaman haji saya amat bermakna.




19 Nov 2007 (09 Zulkaedah 1428H), 8:38 pagi:
Hari ke 2 di Madinah.

Ziarah secara berkumpulan ke Masjid Nabawi, Madinah oleh Rayhar Travels Sdn Bhd.






No comments:

Post a Comment