Monday, February 8, 2010

Serba Ringkas Perjalanan Haji 2007M(1428H)

17 Nov. 2007 , 10:00 malam (Waktu Malaysia):
(08 Zulkaedah 1428H)
Mula berkumpul di Kompleks Haji, Kelana Jaya.

18 Nov. 2007, 12:00 malam (Waktu Malaysia):
(08 Zulkaedah 1428H)
Mula bertolak ke Lapangan Terbang KLIA. Rasa sungguh dihormati kerana kesemua 10 buah bas diiringi polis pengiring seperti orang besar-besar. Semua kenderaan di sekat , seperti di
traffic light, untuk memberi laluan kepada rombongan 10 buah bas kami ke KLIA tanpa henti. Ini adalah pengalaman manis seumur hidup, seperti orang besar-besar, menggunakan jalanraya awam, diiringi oleh polis trafik.

18 Nov. 2007, 12:45 pagi(Waktu Malaysia):
(08 Zulkaedah 1428H)
Bas terus masuk ke KLIA mengikuti pintu belakang ke Terminal International.




18 Nov 2007, 2:30 pagi (Waktu Malaysia) :
(08 Zulkaedah 1428H)
KT24, Saudi Arabia Airline, SV5009 mula berlepas dari KLIA ke Madinah.







18 Nov 2007, 6:30 pagi (Waktu Arab Saudi):
(08 Zulkaedah 1428H) - Hari 1 di Madinah.
Sampai di Madinah.

Penerbangan dari KLIA ke Madinah mengambil masa lebih kurang 8 jam.
Waktu di Arab Saudi, Mekah dan Madinah adalah 5 jam lebih lambat dari waktu di Malaysia.
Waktu di Madinah 6:30 pagi bermakna pukul 11:30 pagi di Malaysia.

Kebiasaannya, jemaah haji akan dibenarkan tinggal hanya 8 hari (40 waktu solat) sahaja di Madinah untuk mengelakkan kesesakan di Masjid Nabawi dan hotel-hotel berlaku.







Sedang menunggu pasport diperiksa oleh pihak imigresen di lapangan terbang Madinah, Arab Saudi.




18 Nov 2007, 10:00 pagi (Waktu Arab Saudi):
(08 Zulkaedah 1428H)
Ziarah Masjid Nabawi dan makam Rasullulah, selepas check-in di Hotel Dallah at-Taubah( 200 meter ke pintu masuk dewan solat perempuan ), dan sementara menunggu beg-beg sampai ke hotel yang di angkut secara berasingan. Jemaah cuma bawa badan dan beg sandang sahaja untuk ke hotel.



Satu kejutan untuk saya bila pertama kali melangkah masuk Masjid Nabawi. Pertama kali dalam seumur hidup saya membawa masuk kasut ke tempat solat dalam masjid (nampak seperti tidak menghormati masjid).
Kasut akan di tinggalkan di banyak rak-rak kasut yang disediakan di dalam masjid.
Adalah amat mustahak membawa uncang kasut supaya kasut tidak hilang sebelah dan menjaga kebersihan di dalam masjid.
Saya betul-betul teruja, syahdu dan bersyukur dengan keindahan di dalam Masjid Nabawi, keluasannya, keharuman bau, kedinginan dan ketenangan bila berada di dalamnya. Saya sungguh merasai satu kelainan jiwa(lebih kepada ketenangan jiwa) bila berada di dalamnya.
Saya sungguh kagum dengan keindahan dan kemewahan dalaman Masjid Nabawi yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Air cond dingin yang keluar melalui bawah setiap tiang, bau yang harum, karpet-karpet berkualiti tinggi dan selalu ditukar dan dijaga kebersihannya, kebersihan tempat solat yang selalu dijaga oleh pekerja-pekerja pembersih beruniform , ukiran ayat-ayat Al-Quran dengan batu marmar yang berlainan warna dan begitu halus dan teliti pembuatannya pada setiap huruf-huruf yang terdapat di dinding-dinding masjid, masjid yang begitu besar dan luas. Begitu besarnya masjid, saya merasakan untuk berjalan dari belakang masjid hingga ke depan masjid mengambil masa lebih kurang 10 minit atau lebih (kalau tak silap saya ... anggaran saja...maaf kalau silap...menunjukkan betapa luasnya..... untuk berjalan mengelilingi separuh masjid dari luar memakan masa lebih kurang 20-25 minit). Lihat saja pada gambar saya di bawah. Itu bahagian belakang masjid. Dindingnya dalam gambar tu tak muat untuk satu gambar. Itu lebarnya sahaja, belum masuk panjangnya masjid.
Adalah dianggarkan lebar masjid adalah lebih kurang 470 meter dan panjang masjid dari belakang ke depan ialah 310 meter.

Gambar di bawah menunjukkan pintu masuk (5 pintu besar) ke dewan solat perempuan yang terletak di sebelah kiri masjid.

No comments:

Post a Comment