Wednesday, June 1, 2011

24 Dis 2007 ( 15 Zulhijjah 1428H ), Isnin:

Hari Ke 28.

MEKAH:

Selesai melakukan TAWAF IFADAH  dan SAEI.  Maka terhasil lah Tahallul Thani dan lengkaplah haji saya.

Berikut keadaan semasa melakukan TAWAF IFADAH.  Saya telah terhimpit di tengah-tengah lautan manusia sampaikan tidak boleh bernafas buat seketika.  Terus terdetik dihati meminta pertolongan dari Allah SWT.  Dengan laungan "ALLAHUAKBAR!, ALLAHUAKBAR!", alhamdulillah saya terus terlepas dari keadaan itu.  Ini mungkin satu dugaan untuk menguji keimanan saya dan menguatkan keimanan saya pada NYA.

Keadaan terhimpit ini terjadi kerana ada segelintir jemaah haji yang sesudah tawaf, terus melawan arus untuk keluar.  Maka terjadilah keadaan berhimpit-himpit dan berasak-asak.



Pemandangan dari tingkat 1 Masjidil Haram:

Isteri saya bergambar di dalam pagar tempat tawaf di tingkat 1:

Kelihatan di belakang saya, jemaah sedang bertawaf di tingkat 1 Masjidil Haram di dalam lorong berpagar yang telah dikhaskan untuk bertawaf:


Pemandangan dari tingkat 2 (bumbung), Masjidil Haram, bertentangan dengan pintu Kaabah:



















Video dari tingkat 2 (bumbung) Masjidil Haram:


Video menunjukkan jemaah buat tawaf di atas bumbung.  Saya pernah bertawaf di atas bumbung ni.  1 round lebih kurang 10 minit.  7 rounds lebih kurang 70 minit.



No comments:

Post a Comment