Saturday, June 18, 2011

25 Dis 2007 ( 16 Zulhijjah 1428H ), Selasa:

Hari Ke 29.

MEKAH:

Keadaan sekeliling hotel.  Terdapat banyak kedai-kedai di sekeliling hotel untuk membeli-belah.  Ini semua sudah menjadi sejarah.  Blog ini mengambil peluang untuk mengabadikan kenangan gambar-gambar bersejarah ini untuk tatapan semua di generasi akan datang. 
Mungkin kemudahan-kemudahan melakukan haji di masa akan datang semakin baik berbanding dengan datuk-datuk dan nenek-nenek kita yang terpaksa berbulan-bulan menaiki kapal laut untuk sampai ke Mekah.  Alangkah betapa mudahnya dan bertuahnya kita sekarang...... .


Ini gambar Petola di Mekah.


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Selepas selesai semua ibadat haji, saya mengambil peluang dengan adanya sedikit masa terluang untuk membeli-belah sedikit buah-tangan di kawasan sekeliling hotel penginapan.  Berikut dipaparkan sedikit gambar bersebelahan Masjidil Haram yang kini telah dirobohkan dan tidak ada lagi.  Yang tinggal hanyalah kenangan yang begitu indah yang dapat dirasai dengan izinNYA.  Alhamdulillah Ya Robbal Alamiin.

Gambar kedai jubah lelaki.  Harga jubah yang baik seperti jenama Al-Haramain dan Al-Daffah berharga lebih kurang SR80.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
  Gambar di Jalan Al-Shamiah menghala ke Masjidil Haram.  Di tengah gambar, dapat di lihat dinding dan pintu masuk Masjidil Haram berwarna kelabu.  Kelihatan juga Albraj Al Bait dan Menara Jam Besar yang dalam pembinaan.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Lorong di tepi hotel di mana terdapat banyak kedai-kedai menjual pakaian seperti jubah wanita, selendang, jubah lelaki, sejadah, tasbih........... macam-macam ada. 


Kedai minyak wangi, kedai VCD, CD dan MP3 Al-Quran.....
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Video-video di bawah menunjukkan keadaan membeli-belah di lorong-lorong di celah-celah antara bangunan hotel berdekatan Masjidil Haram di jalan Al-Syamiah.  Rata-rata penjual sudah pandai berbahasa melayu dan mesra kepada jemaah-jemaah Malaysia dengan selalu berkata "Malaysia Bagus" apabila bertembung dengan jemaah-jemaah dari Malaysia (identiti Malaysia dikenali berpandukan beg sandang yang ada bendera Malaysia ).  Rata-rata perwatakan jemaah-jemaah Malaysia yang baik dan berdisiplin disenangi ramai orang di sana.


 








Kedai pakaian seperti Jubah Lelaki. 

Gambar-gambar di atas adalah di lokasi bertanda "X" pada gambar di bawah.  Sekarang bangunan-bangunan tersebut telah dirobohkan untuk pembesaran Masjidil Haram.

2007:

2010:

No comments:

Post a Comment