Saturday, January 1, 2011

17 Dis 2007 ( 8/9 Zulhijjah 1428H ), Isnin:


Hari Ke 21 di Mekah.

9:13 pagi , 8 Zulhijjah 1428H ( 17 Dis 2007):
Sehari sebelum wuquf di Arafah.  Bersiap sedia untuk ke Arafah.  Sehari sebelum ke Arafah, saya telah membuat rawatan dialysis.  Di sini, saya harus teliti dalam mengatur jadual rawatan dialysis saya kerana saya akan berada pada masa agak lama di Arafah, Muzdalifah dan Mina.  Jika semakin lama tidak membuat rawatan, badan menjadi semakin lemah dan sukar bernafas.  Semua kerja ibadah akan terbantut.  Berikut adalah jadual dialysis saya sebelum dan selepas ke Arafah dan Mina.  Jadual ini telah dipersetujui dan telah dibincangkan dengan pihak hospital di Mekah untuk memastikan yang hari yang dipilih ada kekosongan kerana ia amat kritikal:

17 Dis 2007  ( 8 Zulhijjah 1428H) : Dialysis.
18 Dis 2007  ( 9 Zulhijjah 1428H) : Rehat.  Berada di Arafah
19 Dis 2007 (10 Zulhijjah 1428H) : Rehat.  Berada di Muzdalifah & kem, Mina.
20 Dis 2007 (11 Zulhijjah 1428H) : Dialysis malam semasa berada di Mina (keluar sekejap untuk rawatan).
21 Dis 2007 (12 Zulhijjah 1428H) : Rehat.  Berada di Mina.
22 Dis 2007 (13 Zulhijjah 1428H) : Rehat.  Berada di Mina.
23 Dis 2007 (14 Zulhijjah 1428H) : Dialysis malam.  Berada di Mekah.
24 Dis 2007 (15 Zulhijjah 1428H) : Berada di Mekah.
25 Dis 2007 (16 Zulhijjah 1428H) : Berada di Mekah.
26 Dis 2007 (17 Zulhijjah 1428H) : Dialysis. Berada di Mekah.
27 Dis 2007 (18 Zulhijjah 1428H) : Berada di Mekah.

28 Dis 2007 (19 Zulhijjah 1428H) : Berada di Mekah.
29 Dis 2007 (20 Zulhijjah 1428H) : Dialysis tengahari.  Berada di Mekah.
30 Dis 2007 (21 Zulhijjah 1428H) : Berada di Mekah.
31 Dis 2007 (22 Zulhijjah 1428H) : Berada di Jeddah.
01 Jan 2008 (23 Zulhijjah 1428H) : Berada di Malaysia. (Berlepas dari Jeddah 08:30 pagi, 01 Jan 2008
                                                      dan tiba di Malaysia pada pukul 9:30 malam (4:40 petang waktu
                                                      Jeddah), 01 Jan 2008).

Nota:
Sila perhatikan pada gambar yang jemaah-jemaah haji telah siap sedia memakai pakaian ihram untuk berniat haji dan seterusnya menuju ke Arafah.

9:13 pagi, 8 Zulhijjah 1428H (17 Dis 2007):




Mengikut jadual, sepatutnya berangkat ke Arafah selepas Asar 8 Zulhijjah, dan jemaah hendaklah bersedia selepas Zohor dan tidak pergi ke mana-mana seperti membeli belah dan tawaf sunat.

Ketika ini, di Masjidil Haram keadaan agak lengang kerana ramai telah pergi ke Mina dan seterusnya ke Arafah dan juga yang terus ke Arafah.

Disebabkan kesesakan yang teruk sepanjang ke Arafah pada siang hari, bas hanya datang pada lebih kurang pukul 11 malam kerana keadaan sedikit reda pada waktu itu.  Bas mengikuti jalan jauh sedikit tapi tidak sesak yang biasanya tidak dilalui bas-bas yang lain.

Melalui jalan tersebut, saya merasa bersyukur kerana tidak tersadai di dalam lautan bas-bas yang sudah tidak dapat bergerak lagi di jalan-raya yang satu lagi.   Saya dapat saksikan betapa para jemaah dari bas-bas tersebut terpaksa turun dan berjalan kaki ke Arafah kerana bas-bas tak boleh nak bergerak ke depan lagi.  Alhamdulillah, inilah rezeki kami dan ujian sebenar telah bermula unutk menguji keimanan.

Alhamdulillah, saya dan jemaah lain selamat sampai di Arafah lebih kurang pukul
1:00 pagi , 9 Zulhijjah 1428H (18 Dis 2007).

No comments:

Post a Comment