Saturday, January 1, 2011

18 Dis 2007 ( 9/10 Zulhijjah 1428H ), Selasa:


Hari Ke 22 di Mekah, berada di Arafah.

ARAFAH

1:00 pagi ( 9 Zulhijjah, 18 Dis):
Setiba di Arafah lebih kurang pukul 1:00 pagi, kami terus bersiap-siap untuk ber qiamulail dengan di ketuai ustaz-ustaz di sana hinggalah ke waktu solat Subuh.

Ada yang mengambil peluang untuk tidak tidur dan terus mengaji Al-Quran.  Ada yang keletihan dan melelapkan mata sekejap.

Semestinya, kesabaran diuji disini kerana keadaan tandas dan tempat tidur yang tidak seberapa sempurna dan selesa kalau dibandingkan di hotel Mekah dan Madinah yang jauh berbeza.

Dengan niat tulus ikhlas beribadat kerana Allah SWT, insyallah ini semua sedikit pun tidak menjadi masalah terutama kepada siapa yang pernah merasai dan melalui hidup susah.

9:59 pagi (9 Zulhijjah, 18 Dis) di dalam khemah di Arafah:


10:36 pagi, 9 Zulhijjah 1428H (18 Dis 2007):




 
 
 
 
 
 
 
 
 
 





 
11:01 pagi (9 Zulhijjah, 18 Dis) : 
Menunggu masuknya waktu Zohor iaitu pada pukul 12:18 tengahari
Solat Zohor dan Asar dijamakkan secara Jamak Taqdim Tamam apabila masuknya waktu Zohor selepas khutbah Arafah.
 

5:37 petang, 9 Zulhijjah, 18 Dis
Menunggu masuknya waktu Maghrib (iaitu pada pukul 5:43 petang) dan bersiap sedia untuk solat Jamak Taqdim Tamam Maghrib dengan Isyak. 
Seterusnya akan berangkat ke Muzdalifah.




*** Dengan masuknya waktu Maghrib, dengan itu telah masuklah hari 10 Zulhijjah 1428H (18 Dis 2007) ***


8:45 malam, 10 Zulhijjah 1428H ( 18 Dis 2007):  Dah bersiap untuk ke Muzdalifah selepas solat jamak taqdim Maghrib/Isyak. Menunggu bas agak lama untuk ke Muzdalifah.  Bas datang berperingkat-peringkat bermula selepas solat Maghrib/Isyak dan makan malam.  Sebuah bas boleh memuatkan lebih kurang 40 orang jemaah. 

Khemah makan:

Jemaah akan diberi nombor bas yang akan dinaiki dan akan diberitahu bila bas akan tiba.  Jemaah yang bas mereka akan tiba, dikehendaki menunggu di dalam kandang besi berikut seperti di dalam gambar di bawah dan tak dibenarkan keluar dari kandang.

Khemah-khemah di Arafah dah mula dirobohkan.


11:30 malam, 10 Zulhijjah 1428H ( 18 Dis 2007): 
Bas saya mula tiba (selepas lebih 3 jam menunggu).


  
  Lebih kurang pukul 12:11 malam, 10 Zulhijjah 1428H ( 19 Dis 2007), sampai di Muzdalifah. 
Perjalanan taklah jauh sangat untuk sampai ke Muzdalifah.

No comments:

Post a Comment