Monday, January 24, 2011

19 Dis 2007 ( 10/11 Zulhijjah 1428H ), Rabu:

Hari Ke 23.

MUZDALIFAH

12:11 malam, 10 Zulhijjah 1428H ( 19 Dis 2007):  Sampai di Muzdalifah.



 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
12:31 malam: Mula mencari batu-batu kecil untuk melontar Jamrah di Mina.  Sesudah mengumpul batu (70 biji batu), terus menunggu-nunggu bas untuk ke Mina yang bermula dari tengah malam.  Tetapi bas yang sepatutnya dinaiki tidak kunjung-kunjung tiba.  Dikhabarkan, kerana terlampau ramai jemaah di Mina, bas tak dapat keluar dari Mina untuk ke Muzdalifah.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

6:28 pagi, 10 Zulhijjah 1428H ( 19 Dis 2007) :-

Waktu Subuh masuk pada pukul 5:29 pagi.  Jemaah-jemaah haji bersiap-siap untuk sembahyang Subuh.  Ramai orang berpusu-pusu menuju ke tandas di waktu pagi dan untuk berwuduk.  Alhamdulillah, sebagai pesakit buah pinggang, saya tak berapa memerlukan tandas di waktu pagi (kelebihan pada waktu sebegini).

Dengan berbekalkan spray kecil yang dipenuhi air mutlak, saya mengambil wuduk.  Di sinilah bergunanya spray kecil.  Ia amat berguna ketika di Muzdalifah dan di Mina kerana tempat mengambil wuduk dan tandas amatlah terhad di sini.

Solat Subah dilakukan di tengah padang di Muzdalifah dengan berbekalkan sejadah lipat (berbag) dan tikar yang dibekalkan oleh TM semasa hari berlepas ke tanah suci tempoh hari di Kompleks Tabung Haji di Kelana Jaya.  Terima kasih kepada TM dan penyumbang-penyumbang yang lain semoga Allah memberkati sedekah anda.

Solat Subuh di imamkam oleh ustaz package haji yang sama-sama mengiringi kami di Muzdalifah.



6:46 pagi , 10 Zulhijjah 1428H:-

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
9:03 pagi, 10 Zulhijjah 1428H ( 19 Dis 2007) :- Bas tidak kunjung tiba.  Matahari mulai meninggi dan panas di Muzdalifah.  Tiada khemah untuk berteduh.  Perut mulai lapar.  Tiada sarapan pagi disediakan.  Tandas yang kurang menambah lagi ujian. Sebahagian jemaah mengambil keputusan untuk berjalan kaki ke Muzdalifah termasuk saya.   Kepada jemaah-jemaah yang uzur, terpaksa menunggu bas untuk tiba yang mana tidak tahu pukul berapalah yang akan tiba.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 


9:40 pagi, 10 Zulhijjah 1428H :- Mula menghampiri sempadan Mina dan melampaui sempadan Muzdalifah.

Perjalanan berjalan kaki adalah sejauh lebih kurang 5.4 km dari Muzdalifah ke Mina.  Saya dan jemaah lain sampai di Mina lebih kurang pukul 10:30 pagi, lebih kurang 1 - 1/2 jam perjalanan jalan kaki.

Gambar di bawah menunjukkan laluan(path) berjalan kaki saya dan jemaah-jemaah yang lain ke kem 87 di Mina.

Kem 87 terletak berdekatan dengan pintu masuk terowong Muassem menuju ke Jamrah pada tahun saya mengerjakna haji tahun 2007 bagi jemaah dari Malaysia.

Mungkin setiap tahun, kem bagi jemaah Asia Tenggara adalah berbeza.  Adalah difahamkan, kedudukan kem samada lebih dekat atau jauh dari Jamrah adalah mengikut giliran dan berbeza dari tahun ke tahun.



Note: Boleh klik pada gambar untuk besarkan dan tekan "BACK" pada browser untuk balik pada blog.


MINA:
10:30 pagi, 10 Zulhijjah 1428H ( 19 Dis 2007):
Tiba di Mina lebih kurang pukul 10:30 pagi, berjalan kaki dari Muzdalifah dari pukul 9:03 pagi. Perjalanan berjalan kaki dari Muzdalifah ke Mina tidak terasa letih.   Ini semua Kebesaran dan Kekuasaan Illahi. Sepanjang berjalan kaki, mulut membasahi bibir dengan berzikir dan niat hanya satu, iaitu ibadah haji ini hanya untuk menghambakan diri pada Allah SWT.  Saya cuba lupakan kenapa saya dan isteri perlu berjalan kaki ke Mina sedankan orang lain tidak.  Peluang ini digunakan untuk berzikir daripada mengumpat kepada keadaan ini, supaya saya lebih dekat kepada meningati Illahi.  Mesti semua ini ada sebabnya.

Dengan kuasa Illahi, perjalanan berjalan kaki yang agak jauh tidak terasa letih dan juga tidak terasa lama.

9:00 malam, 11 Zulhijjah 1428H ( 19 Dis 2007):
Di Mina, lebih kurang pukul 9:00 malam, saya telah pergi melontar Jamratul Kubra (7 biji batu kecil) dan bergunting/bercukur. Maka terhasillah Tahallul Awal bagi diri saya dan saya telah terlepas dari syarat memakai pakaian ihram dan kesemua 10 syarat yang lain kecuali 3 syarat lagi.

Pada masa ini, saya sepatutnya telah boleh menanggalkan pakaian ihram saya dan memakai pakaian berjahit. Tetapi pada masa itu, saya tidak teringat langsung untuk membawa pakaian berjahit spare saya.

Selepas melontar Jamratul Kubra dan bergunting untuk ber Tahallul Awal, saya dan ustaz package terus berjalan kaki mencari teksi keluar dari Mina untuk pergi dialysis ke hospital An-Nur.


Di sini ujian sekali lagi ke atas diri saya. Oleh kerana teksi, kereta dan motosikal awam tidak dibenarkan memasuki Mina, saya terpaksa berjalan kaki naik-turun cerun keluar dari Mina untuk mendapatkan teksi ke hospital. Saya ditemani oleh ustaz dari package haji saya.

(Nota: Menurut Ketua Eksekutif atau Empunya Pengelola Pakej Haji Swasta yang saya ambil, kebiasaannya pesakit dialysis dihantar ke hospital dengan menaiki motosikal semasa di Mina pada tahun-tahun yang sudah.  Tetapi pada tahun saya, Bahagian Keselamatan Haji Arab Saudi tidak membenarkan motorsikal dibawa masuk ke kawasan Mina kerana terdapat berita akan berlaku perkara-perkara yang tidak diingini seperti ancaman keselamatan dan nyawa jemaah-jemaah haji.  Jadi langkah berjaga-jaga ini diambil oleh pihak Keselamatan Arab Saudi untuk keselamatan semua haji yang lain.  Semua ini menjadi salah satu ujian ibadah haji untuk diri saya dan saya perlu redha dan banyak-banyak bersabar dengan kesusahan dan kepayahan ini kerana kita perlu diuji untuk menentukan tahap keimanan kita seperti yang Allah SWT telah berfirman di dalam Al-Quran).


Setiba di satu tempat luar dari Mina, kami terjumpa seorang Arab yang baru habis kerja. Kami meminta tolong beliau hantar kami ke hospital dengan sedikit bayaran.


Menurut ustaz package haji saya, pada musim haji, semua orang di Mekah boleh buat duit terutamanya jadi prebet /kereta sapu. Jadi pemuda Arab ni pun ambil peluang ini kerana kebetulan beliau pun akan melalui jalan yang sama ke hospital untuk pulang ke rumah. Jadi beliau telah mendapat duit extra di sini.

11:30 malam, 11 Zulhijjah 1428H ( 19 Dis 2007):
Pada malam itu, saya buat dialysis pada waktu malam, start lebih kurang pukul 11:30 malam. Pada musim haji, unit haemodialysis di hospital An-Nur, Mekah beroperasi 24 jam untuk memberi peluang dan keselesaan kepada jemaah-jemaah haji menunaikan ibadat haji. Habis dialysis lebih kurang pukul 3:30 pagi. Saya menghubungi ustaz untuk membantu saya bawa pulang ke khemah di Mina.


Di sini, ujian sekali lagi tiba. Kebanyakan teksi atau kereta sapu tidak mahu ke Mina kerana terlampau jam. Dengan budi bicara ustaz, kami dapat satu teksi ke Mina. Saya rasa pemandu itu dari Afrika. Perjalanan dari hospital An-Nur ke khemah di Mina tidaklah berapa jauh. Tetapi kenderaan awam tidak dibenarkan memasuki kawasan perkhemahan di Mina.


Jadi kami terpaksa turun di sempadan perkhemahan dengan sedikit perbalahan antara pemandu teksi dan ustaz dalam bahasa Arab. Ustaz memberi tahu yang pada mulanya, pemandu teksi bersetuju untuk hantar lebih dekat kepada khemah kami. Apabila pemandu mendapati keadaan jam, dan susah untuk keluar semula, beliau menyuruh kami turun. Ustaz memberitahu kepada pemandu teksi yang saya sakit dan baru saja menjalani rawatan dialysis, masih lemah dan tidak terdaya untuk berjalan-kaki jauh. Pemandu teksi masih berkeras dan terpaksalah kami turun.


Dengan keadaan saya yang masih lemah, saya (dengan masih berbaju ihram) dan ustaz terpaksa sekali lagi mendaki turun-naik cerun, keluar-masuk terowong untuk ke khemah. Walaupun saya pada masa itu terasa teramat letih dan tidak berdaya lagi, rasa gagahi juga dan redha dengan ujian ini.

No comments:

Post a Comment