Tuesday, September 27, 2011

1 Jan 2008 ( 23 Zulhijjah 1428H ), Selasa:

Hari Ke 36, hari terakhir di Mekah, Arab Saudi (tidak termasuk 9 hari di Madinah).  Jumlah hari di Arab Saudi lebih kurang 45 hari.

Penerbangan saya dari Jeddah ke KLIA, Sepang ialah pada 1/1/2008 pukul 8:00 pagi ( Waktu Saudi ) dan tiba di KLIA pada 1/1/2008 9:40 malam ( Waktu Malaysia iaitu 4:40 petang Waktu Saudi ).  Ianya lebih kurang 8 jam 40 minit perjalanan.

JEDDAH

3:00 pagi:

Lebih kurang pukul 3:00 pagi,  bertolak dari waqaf kem King Abdul Aziz.

3:40 pagi:

Tiba di lapangan terbang King Abdul Aziz, Jeddah.
































Sebelum bas bertolak ke lapangan terbang, sedikit bekalan makanan disediakan untuk mengalas perut, seperti buah epal merah, air kotak, air mineral dan kek.
















Berikut adalah sedikit sedutan video di kawasan menunggu di lapangan terbang Jeddah.





Untuk masuk ke dewan berlepas sahaja, jemaah-jemaah haji terpaksa beratur begitu lama melebihi 30 minit rasanya.  Semua jenis cecair melebihi 200ml rasanya tidak dibenarkan masuk ke dewan berlepas, apatah lagi pisau dan gunting.  Perlu banyak-banyak bersabar kerana process penerbangan pulang ini memakan masa paling cepat rasanya 4 jam.
5:40 pagi:
Para haji dan hajah terpaksa menunaikan solat Subuh di dalam dewan berlepas apabila waktu Subuh masuk pada pukul 5:35 pagi.  Keadaan amat tidak berapa selesa pada masa ini.  Tandas kecil dan tidak menyenangkan.  Kesabaran amat diperlukan dalam keadaan ini.  Solat dilakukan di atas susunan bangku.  Saya menggunakan spray kecil saya untuk mengambil wuduk dan menggunakan bag sejadah lipat saya untuk alas tempat solat.  Barang-barang ini amat berguna pada masa sebegini.

6:05 pagi:

Para haji dan hajah sudah tidak sabar di dewan berlepas.  Kapalterbang dijangka berlepas hanya pada pukul 8:00 pagi, tetapi para haji dan hajah telah di suruh berada di dewan berlepas pada pukul 6:00 pagi (2 jam menunggu di dalam dewan berlepas).  Lihat saja keadaan sebenar di dewan berlepas.





7:39 pagi:

Bas airport tiba untuk membawa kami ke kapal terbang.  Penumpang yang uzur dan para hajah diberikan menaiki bas airport mendahului penumpang lelaki.  Jadi di sini, isteri saya menaiki bas dan kapalterbang mendahului saya dan bertanggungjawab memilih tempat duduk yang sesuai untuk kami.



Kemewahan negara Arab Saudi terserlah apabila melihat deretan kapalterbang Boeing 747.








7:54 pagi:






8:57 pagi:

4:24 petang (9:24 malam waktu Malaysia):
Kapalterbang mula mendarat di KLIA (Kuala Lumpur International Airport).

4:28 petang (9:28 malam waktu Malaysia):
Kapalterbang selamat mendarat di KLIA, alhamdulillah.


Di sinilah saja sedikit pengalaman mengerjakan haji saya semoga yang baik dicontohi dan yang tak baik dijauhi.  Saya memohon maaf di atas segala kesilapan yang mengguris perasaan mana-mana pihak dan mana-mana syarikat atau badan-badan tertentu.

SAYA INGIN MENGAMBIL KESEMPATAN DI SINI UNTUK BERTERIMA-KASIH KEPADA LEMBAGA TABUNG HAJI (TH) DAN RAYHAR TRAVELS KERANA MEMBERI PELUANG DAN MEMBANTU SAYA MENGERJAKAN HAJI SEMOGA SEGALA KELEMAHAN-KELEMAHAN DIBAIKI DI MASA HADAPAN UNTUK KEBAIKAN MUSLIMIN-MUSLIMAT SEMALAYSIA MENGERJAKAN HAJI DENGAN LEBIH BAIK DAN SELESA PADA MASA AKAN DATANG, SEMOGA SEGALA USAHA ITU MENDAPAT SEBAIK-BAIK GANJARAN DARI ALLAH S.W.T, AMIIN YA ROBBAL ALAMIIN.


SEKIAN - TAMAT

No comments:

Post a Comment