Friday, September 16, 2011

31 Dis 2007 ( 22 Zulhijjah 1428H ), Isnin:

Hari Ke 35 di Mekah.

MEKAH

Hari terakhir di Mekah sebelum ke Jeddah untuk pulang ke Malaysia.  Di hari terakhir ini, saya cuba mengkhatamkam Al-Quran di Masjidil Haram.  Saya bertekad untuk menghabiskannya di Masjidil haram walaupun saya terpaksa berjaga malam.
 
Di dalam hati saya, kalau dulu saya boleh bersengkang mata hingga tidak tidur untuk menyiapkan tugasan pelajaran saya di universiti, kenapa tidak saya boleh buat yang serupa kerana Allah SWT dan bekalan akhirat saya.  Walaupun tajwid saya tak berapa betul (saya ingat dah okay semua masa tu) dan baca pun tak berapa lancar, saya bertekad untuk memajukan diri saya dalam ilmu Al-Quran bila pulang ke tanah air nanti, insyallah.

12:06 pagi:
Saya berseorangan di tingkat 2 Masjidil Haram untuk mengkhatam Al-Quran.  Seingat saya, video ini di ambil selepas saya berehat sebentar selepas dari Isyak lagi cuba mengkhatam Al-Quran.

Saya berada di tempat bertanda "X" di gambar dan video di bawah.







 
Satu perkara yang pelik semasa saya berada berseorangan diri di tingkat 2 menghabiskan Al-Quran.  Sebaik tiba 2 atau 3 surah terakhir Al-Quran, tiba-tiba saya dikelilingi oleh banyak belalang-belalang yang waktu itu lebih kurang pukul 2 pagi.  Saya tidak tahu kenapa ini terjadi.





Setelah mengkhatam Al-Quran, saya telah melakukan Tawaf Wada' lebih kurang pukul 2:30 pagi dan tidak ke mana-mana lagi.

Bas ke Jeddah di jadual tiba pada pukul 3 hingga 4 pagi.

3:30 pagi:  Bersedia untuk berangkat ke Jeddah.  Antara gambar-gambar terakhir di Mekah di depan hotel sebelum menaiki bas.




 






















































JEDDAH
 
5:00 pagi:
Sampai di Wakaf Asrama Kem Askar King Abdul Aziz, Jeddah lebih kurang pukul 5 pagi.  Selepas mengenal pasti asrama, para jemaah bersiap untuk bersolat Subuh di asrama Wakaf King Abdul Aziz ( bekas asrama kem askar ) tersebut.  Di sana, jemaah-jemaah tidur di katil bertingkat.
 















6:54 pagi:
Keadaan awan yang pelik semasa di wakaf kem di Jeddah.






Jemaah-jemaah silih berganti di kem ini.  Ada yang dah nak keluar ke lapangan terbang, dan di ganti dengan kumpulan baru menunggu giliran di kem ini untuk di panggil ke lapangan terbang.

Gambar di bawah menunjukkan jemaah-jemaah (para haji dan hajah) sedang menaiki bas untuk ke lapangan terbang ke Malaysia.



Kumpulan saya dianggarkan bergerak ke lapangan terbang dalam pukul 3 pagi.


8:00 malam:

Selepas solat jamak Maghrib/Isyak, berehat di perkarangan kem sementara menunggu giliran ke lapagan terbang.


No comments:

Post a Comment