Tuesday, October 5, 2010

30 Nov 2007 (20 Zulkaedah 1428H ), Jumaat:

Hari Ke 4 di Mekah.

7:37 pagi:

Ziarah keliling Masjid Al-Haram.


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Gambar di bawah menunjukkan kereta Toyota Camry hanya di buat teksi saja kat Mekah dan Madinah.





Lampu hijau di atas pintu, boleh masuk.  Keadaan tak sesak di dalam.  Kalau tak silap, ini pintu Sa'ie di bukit Marwah di tingkat satu (tak berapa ingat tingkat satu atau bawah, tapi confirm ini pintu Sa'ie di bukit Marwah).



Tapak rumah kelahiran Nabi Muhammad SAW, berdekatan dengan bukit Marwah.


Tempat Saei, dalam kerja-kerja perluasan untuk tingkat 3 dan mungkin 4 sekarang.

Istana Raja sebelah Masjidil Haram (atas bukit sikit).

KFC pun ada, begitu juga Pizza Hut, Mc Donald dan Burger King.  Arab Saudi dan USA seperti tidak boleh dipisahkan. Apa yang USA ada, Arab Saudi mesti ada, contohnya sistem jalanraya pun ikut style USA dan sistem dan peralatan di hospital.







Makam Siti Khadijah (yang ada pokok seperti gambar-gambar di bawah).


Tanah perkuburan di Mekah (sesungguhnya kita semua akan mati, maka sama-samalah kita selalu beringat akan mati)


Pasar buah-buahan.  Boleh dapatkan banyak buah-buahan di sini dan sedikit sayur-sayuran.  Buah delima pun ada di jual.










10:17 pagi:

Kembali ke Hotel Dar Al-Safa, Mekah Al-Shamiah.  Bergambar di depan Hotel Dar Al-Safa berlatar-belakangkan Masjidil Haram.  (Hotel ini sudah menjadi sejarah,  Ia sudah dirobohkan untuk pembesaran Masjidil Al-Haram).

Gambar di bawah berlatar-belakangkan dinding Masjidil Haram dekat pintu 53 dan 54.


Gambar di bawah pula menunjukkan Hotel Dar Al-Safa tempat saya menginap dulu pada tahun 2007.  Sekarang hotel ini telah dirobohkan untuk pembesaran masjid.  Sila lihat gambar berikut untuk keadaan terkini pada tahun 2009.

Nota: Sila klik pada gambar untuk besarkan.  Tekan "Back Button" pada browser untuk balik pada blog.

2007:


2009:


Bekas tapak Hotel Dar Al-Safa, bertentangan pintu nombor 53 dan pintu 54.
Pemandangan kenangan dari depan Hotel Dar Al-Safa.









Pemandangan kenangan dari tingkap bilik hotel.


29 Nov 2007 (19 Zulkaedah 1428H ), Khamis :

Hari Ke 3 di Mekah.

Dan hari pertama dialysis di Mekah, di Hospital Pakar Alnoor (Alnoor Specialist Hospital).  Sesetengah orang menyebut Hospital An-Nur.

7:49 pagi:

Gambar pemandangan sekitar Hospital Pakar Alnoor, Mekah.   Hari pertama dialysis di Mekah pukul 7 pagi patut start.  Orang ramai, kena tunggu turn.  Khidmat rawatan dialysis 24 jam pada musim haji di Mekah.  Pokok begitu hijau bila tiap hari kena siram.

Perjalanan dari Hotel Dar Al-Safa ke Hospital An-Nur adalah lebih kurang 6.87 km mengikut laluan merah yang tertera di gambarajah di bawah.  Kenderaan (biasanya teksi, atau mungkin sekarang dah ada motosikal sewa) terpaksa pusing jauh dari Masjidil Haram kerana banyak jalan-jalan sekeliling Masjidil Haram di tutup pada kenderaan bagi mengelakkan kesesakan lalulintas dan memberi keselamatan kepada jemaah-jemaah yang mundar-mandir di sekeliling masjid Al-Haram.

Nota: Sila klik pada gambar untuk besarkan. Tekan browser "Back Button" untuk balik kepada Blog.





 
 
Kali pertama dialysis ke Hospital An-Nur di temani mutawwif.  Harga tambang teksi pada masa awal musim haji semurah SR5 sehala, meningkat SR10, SR30 dan mencecah SR100 menjelang hari wuquf dan sebaik selepas wuquf.
 
Semakin lama ke hari wuquf, banyak jalan-jalan berhampiran Masjidil Haram di tutup.  Untuk mendapatkan teksi, saya terpaksa berjalan jauh berseorangan kerana khidmat mutawwif susah didapati kerana sibuk melayani jemaah-jemaah dan urusan-urusan yang lain.  Kenderaan dan jemaah haji begitu sesak pada waktu lebih kurang seminggu sebelum dan selepas wuquf.  Di sinilah pemandu-pemandu teksi mengambil peluang untuk menaikkan tambang teksi sehingga SR100 sehala kerana kekurangan teksi, terlampau ramai pelanggan dan teksi tidak datang membuat banyak pusingan kerana jam.
 
Jadi amatlah disarankan agar untuk membawa duit lebih untuk belanja teksi sahaja.  Saya rasa berbelanja untuk tambang teksi di Mekah lebih kurang SR500.  Itu pun saya selalu tawar menawar dan memilih teksi yang menawarkan tambang tidak lebih dari SR30.
 
Saya pernah terjumpa pemandu teksi di Jalan Al Shamiah (100 meter dari Masjidil Haram) yang menawarkan tambang SR100 sewaktu hari menjelang wuquf.  Saya tidak mengambil teksi tersebut, dan berjalan kaki seorang diri tanpa panduan sejauh 1.5 km dari Masjidil Haram keluar masuk terowong menahan bunyi bising kipas terowong dan asap kenderaan dan akhirnya berjaya mendapatkan teksi dengan harga SR50 di penghujung terowong.
 
Ini salah satu pengalaman yang susah unutk saya lupakan.  Sepanjang berjalan kaki, saya tidak putus-putus berdoa kehadrat Illahi untuk mendapatkan teksi.  Dengan pertolongan Illahi, doa saya dimakbulkan dan berjaya mendapat teksi unutk rawatan dialysis.
 
Begitu juga selepas berada di Mina (selepas wuquf) dan kembali ke Mekah.  Alangkah susahnya untuk mendapatkan teksi, dan jika ada pun tambangnya tidak kurang dari SR100 pada masa itu.
 
Saya pernah skip 1 kali dialysis kerana tunggu berjam-jam tapi tak jumpa-jumpa teksi dan pada esoknya begitu juga, saya cuba cari ke arah yang lain dan terpaksa berjalan tanpa panduan akhirnya balik semula ke hotel kecewa tanpa rawatan dialysis.
 
Adalah amat dinasihati untuk mencari khidmat pakej umrah yang ada khidmat mutawwif yang bertanggungjawab dan membantu terutamanya untuk mendapatkan kenderaan (teksi, motosikal atau lain-lain) untuk rawatan dialysis dan tidak tertinggal mana-mana hari dialysis.
 
Semoga pengalaman saya ini menjadi pedoman untuk jemaah dialysis yang lain samada menunaikan haji atau umrah.

28 Nov 2007 (18 Zulkaedah 1428H ), Rabu :
Hari Ke 2 di Mekah.

7:50 pagi:
Umrah ke 2.  Bermiqat Umrah di Tanaim.




27 Nov 2007 (17 Zulkaedah 1428H ), Selasa :

Hari Pertama di Mekah.

10:52 pagi:
Sementara menunggu waktu Zohor pada pukul 12:09 tengahari,  tawaf kedai dulu.















Isteri bergambar dengan jurujual kedai.  Konon-konon boleh murahlah kot..... .
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Saturday, May 29, 2010

26 Nov 2007 (16 Zulkaedah 1428H ), Isnin : 
Hari ke 9 di Madinah ( hari terakhir). 

Taklimat perjalanan yang terakhir di Madinah ( 9:56 malam) sebelum berangkat ke Mekah pada esok paginya.

Dewan makan hotel:




Bersiar dan shopping hari terakhir di Madinah (10:46 malam):

Depan hotel:

Depan Masjid Nabawi:



Nampaknya dah ada bas-bas yang dah ready nak ke Mekah pada malam tu:


















































































Depan kedai barang kemas wanita:
Kedai runcit (macam-macam ada seperti di Malaysia juga).  Bolehlah cari biskut ke, buah-buah ke, air botol ke, air tin ke, krim-krim pelembut ke, makanan ringan-ringan ke, dan lain-lain lagi barang runcit yang lain..... :


Di lobby hotel untuk kali terakahir.

Meninggalkan bandar Madinah(pandangan dari atas bas):
Sayu dan sedih.  Adakah ini kali pertama dan terakhir saya menjejakkan kaki di Madinah atau adakah lagi rezeki untuk menjejaki kaki di bumi Madinah ini.

9:41 pagi -


9:50 pagi -


9:55 pagi -

9:57 pagi -



10:00 pagi -
Sampai di Bir Ali ( Zul Hulaifah) - Miqat Makani di luar Mekah yang datang dari Madinah.  Lebih kurang 19 minit perjalanan dari Madinah ke Bir Ali (10 km).


10:54 pagi : Meneruskan perjalanan ke Mekah ( lebih kurang 54 minit di miqat untuk solat sunat ihram dan niat umrah - saya melakukan Haji Tamattu'  iaitu mengerjakan umrah dahulu ) .


2:04 petang: Berhenti rehat makan dan solat.






























5:30 petang :  Sampai di check point Mekah ( dah nak Maghrib - 5:38 petang masuk waktu ).



















6:23 petang : Merasa terlalu gembira hingga mengalirkan air mata secara tiba-tiba apabila sampai di bandar Mekah buat pertama kali selepas Maghrib.  Perasaan yang susah digambarkan dengan kata-kata.  Alhamdulillah hi Rabbil alamiin... .
( Isyak 7:03 malam - dapat solat berjamaah Isyak di masjidil haram - tiba di hotel beberapa minit sebelum azan Isyak).  Pengalaman solat pertama di masjidil haram memang susah nak dilupakan - rasa dan pengalaman yang amat berbeza dari masjid-masjid biasa.


















25 Nov 2007 ( 15 Zulkaedah 1428H ) :
Hari ke 8 di Madinah.

Dialysis di King Abdul Aziz Kidney Center, King Fahd Hospital.