Tuesday, October 5, 2010

29 Nov 2007 (19 Zulkaedah 1428H ), Khamis :

Hari Ke 3 di Mekah.

Dan hari pertama dialysis di Mekah, di Hospital Pakar Alnoor (Alnoor Specialist Hospital).  Sesetengah orang menyebut Hospital An-Nur.

7:49 pagi:

Gambar pemandangan sekitar Hospital Pakar Alnoor, Mekah.   Hari pertama dialysis di Mekah pukul 7 pagi patut start.  Orang ramai, kena tunggu turn.  Khidmat rawatan dialysis 24 jam pada musim haji di Mekah.  Pokok begitu hijau bila tiap hari kena siram.

Perjalanan dari Hotel Dar Al-Safa ke Hospital An-Nur adalah lebih kurang 6.87 km mengikut laluan merah yang tertera di gambarajah di bawah.  Kenderaan (biasanya teksi, atau mungkin sekarang dah ada motosikal sewa) terpaksa pusing jauh dari Masjidil Haram kerana banyak jalan-jalan sekeliling Masjidil Haram di tutup pada kenderaan bagi mengelakkan kesesakan lalulintas dan memberi keselamatan kepada jemaah-jemaah yang mundar-mandir di sekeliling masjid Al-Haram.

Nota: Sila klik pada gambar untuk besarkan. Tekan browser "Back Button" untuk balik kepada Blog.





 
 
Kali pertama dialysis ke Hospital An-Nur di temani mutawwif.  Harga tambang teksi pada masa awal musim haji semurah SR5 sehala, meningkat SR10, SR30 dan mencecah SR100 menjelang hari wuquf dan sebaik selepas wuquf.
 
Semakin lama ke hari wuquf, banyak jalan-jalan berhampiran Masjidil Haram di tutup.  Untuk mendapatkan teksi, saya terpaksa berjalan jauh berseorangan kerana khidmat mutawwif susah didapati kerana sibuk melayani jemaah-jemaah dan urusan-urusan yang lain.  Kenderaan dan jemaah haji begitu sesak pada waktu lebih kurang seminggu sebelum dan selepas wuquf.  Di sinilah pemandu-pemandu teksi mengambil peluang untuk menaikkan tambang teksi sehingga SR100 sehala kerana kekurangan teksi, terlampau ramai pelanggan dan teksi tidak datang membuat banyak pusingan kerana jam.
 
Jadi amatlah disarankan agar untuk membawa duit lebih untuk belanja teksi sahaja.  Saya rasa berbelanja untuk tambang teksi di Mekah lebih kurang SR500.  Itu pun saya selalu tawar menawar dan memilih teksi yang menawarkan tambang tidak lebih dari SR30.
 
Saya pernah terjumpa pemandu teksi di Jalan Al Shamiah (100 meter dari Masjidil Haram) yang menawarkan tambang SR100 sewaktu hari menjelang wuquf.  Saya tidak mengambil teksi tersebut, dan berjalan kaki seorang diri tanpa panduan sejauh 1.5 km dari Masjidil Haram keluar masuk terowong menahan bunyi bising kipas terowong dan asap kenderaan dan akhirnya berjaya mendapatkan teksi dengan harga SR50 di penghujung terowong.
 
Ini salah satu pengalaman yang susah unutk saya lupakan.  Sepanjang berjalan kaki, saya tidak putus-putus berdoa kehadrat Illahi untuk mendapatkan teksi.  Dengan pertolongan Illahi, doa saya dimakbulkan dan berjaya mendapat teksi unutk rawatan dialysis.
 
Begitu juga selepas berada di Mina (selepas wuquf) dan kembali ke Mekah.  Alangkah susahnya untuk mendapatkan teksi, dan jika ada pun tambangnya tidak kurang dari SR100 pada masa itu.
 
Saya pernah skip 1 kali dialysis kerana tunggu berjam-jam tapi tak jumpa-jumpa teksi dan pada esoknya begitu juga, saya cuba cari ke arah yang lain dan terpaksa berjalan tanpa panduan akhirnya balik semula ke hotel kecewa tanpa rawatan dialysis.
 
Adalah amat dinasihati untuk mencari khidmat pakej umrah yang ada khidmat mutawwif yang bertanggungjawab dan membantu terutamanya untuk mendapatkan kenderaan (teksi, motosikal atau lain-lain) untuk rawatan dialysis dan tidak tertinggal mana-mana hari dialysis.
 
Semoga pengalaman saya ini menjadi pedoman untuk jemaah dialysis yang lain samada menunaikan haji atau umrah.

28 Nov 2007 (18 Zulkaedah 1428H ), Rabu :
Hari Ke 2 di Mekah.

7:50 pagi:
Umrah ke 2.  Bermiqat Umrah di Tanaim.




27 Nov 2007 (17 Zulkaedah 1428H ), Selasa :

Hari Pertama di Mekah.

10:52 pagi:
Sementara menunggu waktu Zohor pada pukul 12:09 tengahari,  tawaf kedai dulu.















Isteri bergambar dengan jurujual kedai.  Konon-konon boleh murahlah kot..... .
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Saturday, May 29, 2010

26 Nov 2007 (16 Zulkaedah 1428H ), Isnin : 
Hari ke 9 di Madinah ( hari terakhir). 

Taklimat perjalanan yang terakhir di Madinah ( 9:56 malam) sebelum berangkat ke Mekah pada esok paginya.

Dewan makan hotel:




Bersiar dan shopping hari terakhir di Madinah (10:46 malam):

Depan hotel:

Depan Masjid Nabawi:



Nampaknya dah ada bas-bas yang dah ready nak ke Mekah pada malam tu:


















































































Depan kedai barang kemas wanita:
Kedai runcit (macam-macam ada seperti di Malaysia juga).  Bolehlah cari biskut ke, buah-buah ke, air botol ke, air tin ke, krim-krim pelembut ke, makanan ringan-ringan ke, dan lain-lain lagi barang runcit yang lain..... :


Di lobby hotel untuk kali terakahir.

Meninggalkan bandar Madinah(pandangan dari atas bas):
Sayu dan sedih.  Adakah ini kali pertama dan terakhir saya menjejakkan kaki di Madinah atau adakah lagi rezeki untuk menjejaki kaki di bumi Madinah ini.

9:41 pagi -


9:50 pagi -


9:55 pagi -

9:57 pagi -



10:00 pagi -
Sampai di Bir Ali ( Zul Hulaifah) - Miqat Makani di luar Mekah yang datang dari Madinah.  Lebih kurang 19 minit perjalanan dari Madinah ke Bir Ali (10 km).


10:54 pagi : Meneruskan perjalanan ke Mekah ( lebih kurang 54 minit di miqat untuk solat sunat ihram dan niat umrah - saya melakukan Haji Tamattu'  iaitu mengerjakan umrah dahulu ) .


2:04 petang: Berhenti rehat makan dan solat.






























5:30 petang :  Sampai di check point Mekah ( dah nak Maghrib - 5:38 petang masuk waktu ).



















6:23 petang : Merasa terlalu gembira hingga mengalirkan air mata secara tiba-tiba apabila sampai di bandar Mekah buat pertama kali selepas Maghrib.  Perasaan yang susah digambarkan dengan kata-kata.  Alhamdulillah hi Rabbil alamiin... .
( Isyak 7:03 malam - dapat solat berjamaah Isyak di masjidil haram - tiba di hotel beberapa minit sebelum azan Isyak).  Pengalaman solat pertama di masjidil haram memang susah nak dilupakan - rasa dan pengalaman yang amat berbeza dari masjid-masjid biasa.


















25 Nov 2007 ( 15 Zulkaedah 1428H ) :
Hari ke 8 di Madinah.

Dialysis di King Abdul Aziz Kidney Center, King Fahd Hospital.

Wednesday, February 24, 2010

24 Nov 2007 ( 14 Zulkaedah 1428H ):
Hari ke 7 di Madinah.

Nota: Klik pada gambar untuk besarkan gambar dan tekan "Back" untuk balik pada blog.


Ziarah sekitar masjid Nabawi, Madinah.






Di pasar tamar (kurma). Pergi bawa beg kosong ke pasar kurma. Balik ke hotel, penuh satu beg dengan kurma.
Di Mekah dan Madinah, boleh cuba makan kurma segar, siap dengan tangkainya sekali, dapat dibeli di kedai-kedai buah-buahan tertentu.
















6:33 petang:
Saya berpeluang untuk bersolat Maghrib di aras bumbung Masjid Nabawi.  Gambar-gambar di bawah di ambil sementara menunggu waktu Isyak yang ketika itu masuk pada pukul 7:03 malam.







23 Nov 2007 ( 13 Zulkaedah 1428H ):
Hari ke 6 di Madinah.

Dialyis di Hospital King Fahd.