Saturday, January 1, 2011

18 Dis 2007 ( 9/10 Zulhijjah 1428H ), Selasa:


Hari Ke 22 di Mekah, berada di Arafah.

ARAFAH

1:00 pagi ( 9 Zulhijjah, 18 Dis):
Setiba di Arafah lebih kurang pukul 1:00 pagi, kami terus bersiap-siap untuk ber qiamulail dengan di ketuai ustaz-ustaz di sana hinggalah ke waktu solat Subuh.

Ada yang mengambil peluang untuk tidak tidur dan terus mengaji Al-Quran.  Ada yang keletihan dan melelapkan mata sekejap.

Semestinya, kesabaran diuji disini kerana keadaan tandas dan tempat tidur yang tidak seberapa sempurna dan selesa kalau dibandingkan di hotel Mekah dan Madinah yang jauh berbeza.

Dengan niat tulus ikhlas beribadat kerana Allah SWT, insyallah ini semua sedikit pun tidak menjadi masalah terutama kepada siapa yang pernah merasai dan melalui hidup susah.

9:59 pagi (9 Zulhijjah, 18 Dis) di dalam khemah di Arafah:


10:36 pagi, 9 Zulhijjah 1428H (18 Dis 2007):




 
 
 
 
 
 
 
 
 
 





 
11:01 pagi (9 Zulhijjah, 18 Dis) : 
Menunggu masuknya waktu Zohor iaitu pada pukul 12:18 tengahari. 
Solat Zohor dan Asar dijamakkan secara Jamak Taqdim Tamam apabila masuknya waktu Zohor selepas khutbah Arafah.
 

5:37 petang, 9 Zulhijjah, 18 Dis: 
Menunggu masuknya waktu Maghrib (iaitu pada pukul 5:43 petang) dan bersiap sedia untuk solat Jamak Taqdim Tamam Maghrib dengan Isyak. 
Seterusnya akan berangkat ke Muzdalifah.




*** Dengan masuknya waktu Maghrib, dengan itu telah masuklah hari 10 Zulhijjah 1428H (18 Dis 2007) ***


8:45 malam, 10 Zulhijjah 1428H ( 18 Dis 2007):  Dah bersiap untuk ke Muzdalifah selepas solat jamak taqdim Maghrib/Isyak. Menunggu bas agak lama untuk ke Muzdalifah.  Bas datang berperingkat-peringkat bermula selepas solat Maghrib/Isyak dan makan malam.  Sebuah bas boleh memuatkan lebih kurang 40 orang jemaah. 

Khemah makan:

Jemaah akan diberi nombor bas yang akan dinaiki dan akan diberitahu bila bas akan tiba.  Jemaah yang bas mereka akan tiba, dikehendaki menunggu di dalam kandang besi berikut seperti di dalam gambar di bawah dan tak dibenarkan keluar dari kandang.

Khemah-khemah di Arafah dah mula dirobohkan.


11:30 malam, 10 Zulhijjah 1428H ( 18 Dis 2007): 
Bas saya mula tiba (selepas lebih 3 jam menunggu).


  
  Lebih kurang pukul 12:11 malam, 10 Zulhijjah 1428H ( 19 Dis 2007), sampai di Muzdalifah. 
Perjalanan taklah jauh sangat untuk sampai ke Muzdalifah.

17 Dis 2007 ( 8/9 Zulhijjah 1428H ), Isnin:


Hari Ke 21 di Mekah.

9:13 pagi , 8 Zulhijjah 1428H ( 17 Dis 2007):
Sehari sebelum wuquf di Arafah.  Bersiap sedia untuk ke Arafah.  Sehari sebelum ke Arafah, saya telah membuat rawatan dialysis.  Di sini, saya harus teliti dalam mengatur jadual rawatan dialysis saya kerana saya akan berada pada masa agak lama di Arafah, Muzdalifah dan Mina.  Jika semakin lama tidak membuat rawatan, badan menjadi semakin lemah dan sukar bernafas.  Semua kerja ibadah akan terbantut.  Berikut adalah jadual dialysis saya sebelum dan selepas ke Arafah dan Mina.  Jadual ini telah dipersetujui dan telah dibincangkan dengan pihak hospital di Mekah untuk memastikan yang hari yang dipilih ada kekosongan kerana ia amat kritikal:

17 Dis 2007  ( 8 Zulhijjah 1428H) : Dialysis.
18 Dis 2007  ( 9 Zulhijjah 1428H) : Rehat.  Berada di Arafah
19 Dis 2007 (10 Zulhijjah 1428H) : Rehat.  Berada di Muzdalifah & kem, Mina.
20 Dis 2007 (11 Zulhijjah 1428H) : Dialysis malam semasa berada di Mina (keluar sekejap untuk rawatan).
21 Dis 2007 (12 Zulhijjah 1428H) : Rehat.  Berada di Mina.
22 Dis 2007 (13 Zulhijjah 1428H) : Rehat.  Berada di Mina.
23 Dis 2007 (14 Zulhijjah 1428H) : Dialysis malam.  Berada di Mekah.
24 Dis 2007 (15 Zulhijjah 1428H) : Berada di Mekah.
25 Dis 2007 (16 Zulhijjah 1428H) : Berada di Mekah.
26 Dis 2007 (17 Zulhijjah 1428H) : Dialysis. Berada di Mekah.
27 Dis 2007 (18 Zulhijjah 1428H) : Berada di Mekah.

28 Dis 2007 (19 Zulhijjah 1428H) : Berada di Mekah.
29 Dis 2007 (20 Zulhijjah 1428H) : Dialysis tengahari.  Berada di Mekah.
30 Dis 2007 (21 Zulhijjah 1428H) : Berada di Mekah.
31 Dis 2007 (22 Zulhijjah 1428H) : Berada di Jeddah.
01 Jan 2008 (23 Zulhijjah 1428H) : Berada di Malaysia. (Berlepas dari Jeddah 08:30 pagi, 01 Jan 2008
                                                      dan tiba di Malaysia pada pukul 9:30 malam (4:40 petang waktu
                                                      Jeddah), 01 Jan 2008).

Nota:
Sila perhatikan pada gambar yang jemaah-jemaah haji telah siap sedia memakai pakaian ihram untuk berniat haji dan seterusnya menuju ke Arafah.

9:13 pagi, 8 Zulhijjah 1428H (17 Dis 2007):




Mengikut jadual, sepatutnya berangkat ke Arafah selepas Asar 8 Zulhijjah, dan jemaah hendaklah bersedia selepas Zohor dan tidak pergi ke mana-mana seperti membeli belah dan tawaf sunat.

Ketika ini, di Masjidil Haram keadaan agak lengang kerana ramai telah pergi ke Mina dan seterusnya ke Arafah dan juga yang terus ke Arafah.

Disebabkan kesesakan yang teruk sepanjang ke Arafah pada siang hari, bas hanya datang pada lebih kurang pukul 11 malam kerana keadaan sedikit reda pada waktu itu.  Bas mengikuti jalan jauh sedikit tapi tidak sesak yang biasanya tidak dilalui bas-bas yang lain.

Melalui jalan tersebut, saya merasa bersyukur kerana tidak tersadai di dalam lautan bas-bas yang sudah tidak dapat bergerak lagi di jalan-raya yang satu lagi.   Saya dapat saksikan betapa para jemaah dari bas-bas tersebut terpaksa turun dan berjalan kaki ke Arafah kerana bas-bas tak boleh nak bergerak ke depan lagi.  Alhamdulillah, inilah rezeki kami dan ujian sebenar telah bermula unutk menguji keimanan.

Alhamdulillah, saya dan jemaah lain selamat sampai di Arafah lebih kurang pukul
1:00 pagi , 9 Zulhijjah 1428H (18 Dis 2007).

Monday, November 22, 2010

3 Dis 2007 (23 Zulkaedah 1428H ), Isnin:



Hari Ke 7 di Mekah.

Melawat di Muzium di Mekah.  Tiba di muzium pukul 8:37 pagi.




 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Model Masjidil Haram:
 
 

































Maqam Ibrahim:



















Bekas tapak kaki Nabi Ibrahim di dalam Maqam Ibrahim:














Puncak menara Masjidil Haram:









































Tiang dalam Kaabah:



Pintu Kaabah:




Kunci Pintu Kaabah:

Tulisan Al-Quran lama:








 






 

Friday, October 22, 2010

2 Dis 2007 (22 Zulkaedah 1428H ), Ahad:


Hari Ke 6 di Mekah.

Dialysis pukul 7 pagi di Hospital Pakar Alnoor ( Alnoor Specialist Hospital), Mekah.  Selepas Subuh dan sarapan, terus pergi hospital naik teksi dengan harga SR10-SR15.  Kiranya tambang teksi murah lagi masa ni.

Isteri pergi melawat tempat2 menarik sekitar Mekah anjuran package.

7:38 pagi:
















8:00 Pagi:

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
8:01 pagi:
 
 














Arafah:

Jabal (Bukit) Rahmah, di Arafah:















Jabal Rahmah, di Arafah:








Mina :

Khemah-khemah kalis api di Mina, untuk tinggal pada hari-hari Tasyrik, iaitu pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah.